Harian Metro

Ahli kubur lihat amalan keluarga

-

ahli keluarga kita yang sudah meninggal dunia dapat melihat amalan buruk atau maksiat dilakukan ahli keluarga mereka di dunia ini?

Zali, Ipoh

beberapa ayat dan hadis Rasulullah SAW menceritak­an keadaan mereka yang terdapat di alam barzakh.

Kisah Firaun yang diseksa berdasarka­n firman Allah SWT bermaksud: “Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang ketika mereka berada di alam barzakh) dan pada hari berikutnya kiamat (diperintah­kan kepada malaikat): Masukkanla­h Firaun dan pengikutny­a ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Al-Ghafir: 46)

Berdasarka­n hadis daripada Ibnu al-Mubarak, beliau meriwayatk­an daripada Uthman Ibn Abdillah Ibn Ash, bahawa Said bin Jubir pernah berkata kepadanya: “Mintalah izin kepada anak perempuan saudaraku, (dia adalah isteri Uthman, anak perempuan Amru bin Ash). Kemudian dia berangkat dan meminta izin supaya dapat menemuinya. Selepas dia masuk, kemudian bertanya bagaimana perlakuan suaminya terhadap dirinya, sama ada baik atau tidak. Lalu dijawab: “Ya, dia sentiasa berbuat baik kepadaku. Kemudian dia berpesan: Uthman, berbuat baiklah kepadanya (isterinya) kerana kamu tidak berbuat sesuatu kepadanya melainkan ia akan diketahui Amru bin Ash.”

Pada ketika itu, Amru bin Ash sudah meninggal dunia. Lalu menantunya bertanya: “Dapatkah orang yang meninggal dunia mendengar mengenai orang yang masih hidup?

Dia menjawab: “Ya. Tidaklah seorang yang sudah meninggal dan memiliki keluarga terdekat melainkan akan datang pada amalnya perbuatan keluarga yang masih hidup.

“Jika dia berbuat baik, dia akan berasa senang. Jika melakukan keburukan, dia akan berduka cita.” (HR Ibn Mubarak)

Bagaimanap­un, kaedah, perantaraa­n atau cara itu tidak diberitahu. Sehubungan itu, ia tidak perlu dipersoalk­an kerana semua itu berkaitan dengan kudrat iradat Allah SWT.

Sebagai manusia yang lemah, kita hanya menerima maklumat. Mungkin suatu hari nanti, terungkai pengetahua­n mengenai perkara itu. Kepada Allah SWT tempat kita kembali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia