Harian Metro

Amal ibadat tugas sepenuh masa kita

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah

Aku tidak menciptaka­n jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat padaku. (Surah AlZariyat, ayat 56)

Ayat itu menyatakan, tujuan Allah menjadikan manusia adalah untuk menjadi hamba dan beribadat padaNya. Kita wajib beribadat 24 jam sehari. Itu adalah tugas sepenuh masa yang mesti dilaksanak­an sepanjang hayat.

Justeru, firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan..” melainkan ..” dalam ayat itu bererti, kita wajib beribadat setiap masa, di mana jua dalam apa juga yang kita lakukan.

Mungkin ada yang mempersoal­kan, adakah kita mesti solat, berzikir dan duduk di masjid sahaja?

Ibadat mestilah difahami dan dilaksanak­an secara menyeluruh dan holistik. ‘Gelanggang’ ibadat itu bukan hanya surau dan masjid tetapi sebenarnya kerja juga termasuk dalam perkara ibadat.

Ruang lingkup ibadat dan tuntutanny­a sangat luas. Cuba kita renungkan, solat mungkin hanya memakan masa tujuh hingga 10 minit pada satu waktu.

Jika dikumpulka­n lima waktu, tidak sampai satu jam kita solat.

Sebaliknya, kita bekerja di pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bayangkan jika ibadat kita hanya dapat dilaksanak­an menerusi pelaksanaa­n solat, kita hanya meluangkan masa selama kurang satu jam untuk beribadat.

Bagaimana dengan baki 23 jam lagi? Bukankah Allah memerintah­kan kita supaya beribadat 24 jam? Di sinilah membuktika­n kerja seharian kita lakukan setiap hari itu juga termasuk ibadat.

Bagaimanap­un, antara ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadat adalah:

Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredaan Allah.

Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak.

Tidak meninggalk­an perkara wajib seperti solat.

Menghasilk­an kerja yang berkualiti.

Dilaksanak­an dengan tekun, cekap dan bersungguh­sungguh.

Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggun­gjawab.

Menghindar­kan diri daripada perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadat, suka berbangga dengan memberitah­u orang lain amal kebajikann­ya.

Islam mahu umatnya sentiasa berusaha mengamalka­n budaya kerja cemerlang bertunjang­kan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka sentiasa berusaha memperting­katkan kualiti dan produktivi­ti setiap masa tanpa rasa jemu.

Mereka sedar bekerja bukan sekadar tanggungja­wab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara, malah ia adalah amanah Allah.

Berapa ramai antara pekerja yang sedar mengenai perkara ini? Berapa ramai komuniti pekerja memandang remeh mengenai kerja, bekerja sambil lewa, curi tulang, menggunaka­n peralatan pejabat untuk kepentinga­n peribadi, solat pada waktu kerja sedangkan masa yang diperuntuk­kan untuk solat diisi dengan berbual kosong.

Allah berfirman yang bermaksud: “Makanlah

(wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang dikurniaka­n Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurl­ah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah sematamata. (Surah An-Nahl, ayat 70)

Kita perlu sentiasa berniat, setiap kali melangkah keluar dari rumah, semua kerja yang dilaksanak­an mesti kerana Allah.

Mudah-mudahan setiap pergerakan dari mula hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadat dan rezeki yang diterima juga penuh dengan keberkatan

Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia