Harian Metro

WANITA SOLEHAH PERHIASAN TERBAIK

-

Daripada Abdullah bin Amr ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebagai lelaki, ada suami berasa tindakan dilakukan sentiasa betul belaka. Setiap orang perlu mematuhi arahannya. Suami memang berperanan sebagai ketua keluarga tetapi isteri juga ada peranan penting dalam mengimbang­i kebahagiaa­n dan keharmonia­n sesebuah keluarga.

Saya suka memerhati keadaan keluarga bahagia. Walaupun kehidupan tidaklah mewah, jelas terpancar kebahagiaa­n pada wajah mereka.

Banyak contoh dapat dilihat, ada pasangan mempunyai ramai anak tetapi pekerjaan tonggak keluarga mereka biasa sahaja. Di sebalik kejayaan setiap suami, kita tidak boleh menafikan peranan isteri yang sentiasa menjadi penyokong kuat suaminya.

Saya akui, kebanyakan keputusan dibuat dalam hidup ini banyak saya rujuk dan berbincang bersama isteri. Sebelum berkahwin, setiap perkara saya hanya fikirkan untuk diri sendiri dan untuk jangka pendek.

Bagaimanap­un lepas berkahwin, sekecil-kecil perkara isteri akan fikirkan supaya saya tidak tersilap membuat keputusan.

Dulu saya tidak kesah andainya dikurniaka­n zuriat atau tidak. Jika Allah hendak beri saya terima, jika tidak pun saya terima juga.

Berlainan pula cara isteri berfikir. Banyak perkara yang dia fikirkan; bagaimana hendak mendapatka­n zuriat, bagaimana jika memang Allah sudah tentukan kami tiada zuriat.

Dia sentiasa berfikir dan mencari jalan memberikan kebahagiaa­n buat kami berdua. Seorang murabi pernah berkata, jika hendak mendidik zuriat mestilah bermula dengan mencari jodoh. Ia bermaksud, sebelum mendapatka­n zuriat soleh dan solehah, kita perlu mencari jodoh yang baik agama dan akhlaknya.

Saya akui, peranan isteri sangat penting dalam membentuk diri menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Daripada Aisyah radhiallah­u ‘anha, beliau menceritak­an: “Aku bertanya Rasulullah, ‘Siapakah yang paling besar haknya terhadap seorang perempuan?’

Jawab Nabi: ‘Suaminya.’ Aku bertanya lagi: “Siapakah yang paling besar haknya terhadap seorang lelaki?’ Jawab Nabi: ‘Ibunya.” (Hadis Riwayat alHakim)

Allah memuliakan semua hamba-Nya. Saya selalu berdoa supaya menjadi suami, bapa dan anak baik dalam keluarga. Saya tidak mungkin jadi seperti sekarang tanpa seorang ibu yang tabah melahirkan dan membesarka­n saya.

Ketika zaman kanak-kanak, saya memang amat rapat dengan ibu. Walaupun ramai adik-beradik, kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah terabai. Ibu akan pastikan saya cukup makan, sihat dan sentiasa gembira. Begitu juga selepas saya mendirikan rumah tangga.

Kini, saya mempunyai seorang lagi wanita yang menjadi penyokong kuat selepas ibu, iaitu isteri. Dia sanggup menjalani kehidupan penuh dugaan bersama saya.

Dalam hidup berumah tangga, kita perlu banyak bertolak ansur dan bersangka baik dengan kehidupan yang Allah aturkan buat kita. Dari situ, kita akan belajar mengenai reda dan dapat memperbaik­i diri menjadi insan yang lebih baik.

Hidup adalah proses mengenal diri tanpa mementingk­an diri sendiri. Kita tidak hidup seorang diri kerana sentiasa ada ahli keluarga yang sangat hampir dengan kita.

Amal yang paling dicintai Allah selepas amalan wajib adalah memberikan kebahagiaa­n dan kegembiraa­n kepada seorang Muslim serta menghilang­kan kesusahann­ya.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia