Harian Metro

Isteri lari ke negara asal

-

mengalami kemurungan selepas isteri lari balik ke negaranya lima tahun lalu. Menurut jiran tetangga isteri mempunyai kekasih satu negaranya yang dikenali ketika bekerja.

Isteri membawa anak bongsu kami dan meninggalk­an tiga anak lain berusia lapan, 12 dan 14 dijaga ibu saya.

Saya terlalu terluka dan rasa malu sehingga mengabaika­n hal anak lain selama dua tahun awal kehilangan­nya. Mujurlah orang tua saya mengambil anak-anak termasukla­h menguruska­n hal persekolah­an mereka.

Ibu meminta saya berkahwin semula dengan wanita pilihannya bagi menguruska­n anak sebagai usaha melupakan rasa ‘sakit’ ditinggalk­an isteri.

Tetapi saya masih trauma dan tidak yakin dapat menguruska­n keluarga kerana ego saya ditampar dengan pengalaman isteri lari ke negaranya. Apa perlu saya lakukan?

DHANI Klang, Selangor

Dang Setia dengan masalah saudara yang menderita kemurungan akibat tindakan isteri yang balik ke negara asalnya.

Sudah sampai masanya saudara bangkit demi diri sendiri dan anakanak. Jangan dikenang hal isteri itu sebaiknya fikirkan anak bawah tanggungja­wab saudara.

Mujurlah saudara mempunyai orang tua masih sihat dan bersusah payah menjaga kebajikan cucu mereka.

Setidak-tidaknya saudara masih ada orang untuk berkongsi masalah dan perihal isteri tidak guna dikesali kerana terbukti sikapnya tidak bertanggun­gjawab meninggalk­an anak lain.

Fikirkan kebaikan yang boleh diberi kepada tiga anak yang ada. Dang Setia percaya mereka juga ‘trauma’ dan terluka dengan sikap si ibu.

Setidak-tidaknya itu dapat memberi dorongan untuk saudara membina hidup baru bersama anak selain mencari penyelesai­an muktamad mengenai hubungan dengan isteri yang menghilang­kan diri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia