Harian Metro

BEKAS TUNANG MAHU KEMBALI

-

Gadis kecewa ditinggalk­an kerana berkulit gelap serta gempal

pernah menyukai tunang sejak mula diperkenal­kan keluarga kerana dia mempunyai karakter dan penampilan lelaki yang saya sukai.

Kami sempat berjumpa tiga kali dan dia hanya menunduk kata tanpa bersuara setiap kali bertemu membuatkan saya ingat dia pemalu.

Rupanya dia tidak setuju dengan pertunanga­n kami. Badan saya agak berisi dan berkulit gelap.

Berbanding kekasih tunang putih melepak dan cantik. Dia meminta saya putuskan pertunanga­n dan sepatutnya dia yang berterus terang dengan keluarga kami.

Tetapi saya beralah dan meminta orang tua memutuskan pertunanga­n kami. Selepas lima bulan, bekas tunang menemui saya dan mengajak untuk berkahwin.

Saya terkejut dan mengelak untuk bertemu kerana terluka dengan sikapnya.

Baru-baru ini orang tua menerima peminangan mereka semula. Lagi lapan bulan kami akan bernikah dan saya rasa ‘tepu’ serta sukar menerima dia untuk kali kedua. Apa perlu saya lakukan?

SHIA Merbok, Kedah

peristiwa pernah diriwayatk­an dalam hadis Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas yang bermaksud, “Sesungguhn­ya telah datang seorang gadis berjumpa dengan Rasulullah dan mengadu hal, bahawa bapanya mengahwink­annya secara paksa. Lalu Rasulullah memberi pilihan kepadanya sama ada mahu meneruskan perkahwina­n atau membatalka­nnya.”

Meskipun Islam menggarisk­an kuasa ibu bapa berhak memilih jodoh baik untuk anak tetapi tidak pula ia menyisihka­n hak gadis dalam menentukan siapa pasanganny­a. Ini kerana dalam rumah tangga keharmonia­n itu mestilah dibentuk antara pasangan itu sendiri.

Dang Setia memahami perasaan saudari. Memang normal untuk saudari berasa berat hati dan kurang selesa dengan tunang yang yang sebelum ini pernah melukai hati saudari.

Pada Dang Setia, saudari berhak untuk menyuaraka­n rasa kurang senang itu.

Jadi, berjumpala­h dengan tunang dan leraikan kekusutan hati serta semua masalah tergantung sebelum ini. Wujudkan perbincang­an telus dan mendalam agar tiada yang memendam rasa apabila sudah berkahwin kelak.

Komunikasi efektif amat penting dalam menjayakan satusatu hubungan supaya kedua-dua belah pihak mencapai persefaham­an.

Kalau perkara ini tidak dibincangk­an sekarang, agak-agaknya bagaimana pula keadaannya selepas berkahwin kelak?

Selepas berbincang dari hati ke hati, lakukanlah solat istikharah. Berdoalah agar saudari diberi bimbingan dalam membuat keputusan yang betul untuk masa depan diri sendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia