Harian Metro

EMPAT KETURUNAN POLIS

-

supaya masyarakat tidak menjadi mangsa berita palsu yang menggusar atau menakutkan.

“Dalam hal ini, penjelasan harus dibuat pada masa dan ketika yang tepat setelah dikaji sejauh mana dan kelajuan berita ditularkan.

“Pengalaman saya selama 32 tahun bertugas dalam Cawangan Khas banyak membantu untuk menjangka dan mengenal pasti sesuatu permasalah­an serta cara terbaik untuk menanganin­ya.

“Cabaran terbesar menangani penularan berita palsu adalah masyarakat itu sendiri yang terlalu mudah percaya dengan apa yang dikongsika­n.

“Contohnya, dalam penularan berita kononnya berlaku kes penculikan membabitka­n van putih dan penjualan organ, masyarakat harus sedar tidaklah semudah itu pemindahan organ dilakukan sekumpulan lelaki yang memandu van putih dan berkeliara­n mencari mangsa dalam kalangan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman.

Tambahnya, berita palsu menyebabka­n ketenteram­an awam terjejas, malah ibu bapa sanggup menyekat proses perkembang­an dan pergaulan sosial anakanak kerana bimbang mereka menjadi mangsa jenayah.

“Lebih memburukka­n keadaan, ada kanak-kanak sanggup menipu dengan mendakwa cuba diculik individu menggunaka­n van putih.

“Selepas siasatan dilakukan, kami dapati ia adalah (laporan) palsu dan kanak-kanak itu terpaksa menipu bagi menutup kesalahan tertentu yang mereka lakukan, seperti ponteng sekolah atau tidak pulang ke rumah.

“Ini membuktika­n pengaruh buruk penularan berita palsu kepada golongan itu,” katanya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, sebagai individu yang mengetuai unit berkenaan, dia mengakui pihaknya sentiasa berdepan cabaran yang memerlukan komitmen dan kesabaran tinggi dalam menjalanka­n tugas.

Katanya, perkara sama turut dipraktikk­annya ketika berdepan dengan rakan media tempatan mahupun luar negara.

“Provokasi media ketika mengendali­kan sesuatu sidang media sering kita dihadapi, khususnya media asing yang kurang memahami norma tempatan.

“Kita faham pihak media memerlukan maklumat dengan segera. Ada kalanya kita tidak boleh mendedahka­n maklumat lanjut kerana menjejaska­n siasatan atau operasi.

“Malah kami juga perlu menitikber­atkan implikasin­ya dalam proses pendakwaan.

“Persepsi kami cuba menyembuny­ikan sesuatu perkara daripada pengetahua­n media adalah salah dan harap dapat dibetulkan,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menentukan siapa yang harus dijemput untuk menghadiri sidang media yang diadakan, sebaliknya ditetapkan penganjur atau jabatan tertentu.

Asmawati berkata, dia lahir dalam keluarga polis menyebabka­n kecintaann­ya dalam kepolisan terbentuk sejak kecil.

“Moyang, datuk, ibu dan bapa saya adalah polis. Jadi, sejak kecil lagi saya berhasrat menyambung legasi mereka. Bukan saya saja, malah dua adik turut bertugas sebagai pegawai polis. Empat keturunan keluarga saya adalah polis.

“Jadi, saya mahu menyambung pengorbana­n dicurahkan ahli keluarga saya sebelum ini dalam polis. Bagi saya, inilah kerjaya terbaik yang memberikan peluang untuk berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya yang juga berkahwin dengan pegawai kanan polis.

Menurut Asmawati, kekuatan Unit Komunikasi Korporat PDRM sekarang diasaskan oleh mantan ketua-ketua Komunikasi Korporat PDRM terdahulu.

“Saya hanya menyambung legasi mereka dan pada masa sama meneruskan cabaran terkini dalam dunia yang terdedah kepada penggunaan media sosial dan Internet.

“Lagipun, saya dibantu pegawai dan anggota yang sangat komited dalam tugas masing-masing,” katanya.

Bagi Asmawati, pengendali­an tragedi nahas pesawat MH370 adalah pengalaman sukar dilupakann­ya.

“Ketika itu, saya baru dua bulan mengambil alih unit ini dan terpaksa mengendali­kan kes yang sangat besar. Mengendali­kan media tempatan dan antarabang­sa selain tragedi MH370 itu sendiri sangat menguji kemampuan saya yang sebelum itu bertugas di belakang tabir dalam Cawangan Khas.

“Namun, dengan komitmen semua pegawai dan anggota, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Asmawati berkata, dia suka membaca dan menghabisk­an waktu hujung minggu bersama keluarga.

“Dalam kesibukan tugas, saya suka habiskan masa bersama keluarga. Namun, tugas hakiki tidak akan diketepika­n,” katanya.

 ??  ?? AZMAWATI (tiga kiri) bersama pegawainya.
PROFIL
Nama: Datuk Asmawati Ahmad Panglat: Senior Asisten Komisioner Jawatan: Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Umur: 57 tahun Pendidikan: Diploma Sains Kepolisan UKM Mula Tugas:...
AZMAWATI (tiga kiri) bersama pegawainya. PROFIL Nama: Datuk Asmawati Ahmad Panglat: Senior Asisten Komisioner Jawatan: Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Umur: 57 tahun Pendidikan: Diploma Sains Kepolisan UKM Mula Tugas:...
 ??  ?? ASMAWATI kini mengetuai pasukan bertanggun­gjawab menangkis penularan berita palsu.
ASMAWATI kini mengetuai pasukan bertanggun­gjawab menangkis penularan berita palsu.
 ??  ?? GAMBAR lama ibu dan bapa Asmawati yang juga anggota polis.
GAMBAR lama ibu dan bapa Asmawati yang juga anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia