Harian Metro

100,000 drebar teksi dilindungi skim Perkeso

-

Lumpur: Kira-kira 100,000 pemandu teksi termasuk pengendali e-hailing berpeluang mendapat perlindung­an melalui skim Bencana Pekerjaan Sendiri dilaksanak­an Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso).

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso John Riba Marin berkata, sejak dilancarka­n tahun lalu sehingga penghujung Mac lalu hanya 3,821 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab di seluruh negara berdaftar sebagai pencarum.

“Jumlah itu sangat sedikit berbanding jumlah pemandu berdaftar dan layak dilindungi skim tersebut berdasarka­n rekod Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

“Pemandu teksi perlu sedar ‘malang tidak berbau’ dan skim ini dapat memberikan jaminan keselamata­n sosial yang lebih baik sama ada kepada pencarum atau pun tanggungan­nya seperti anak serta isteri,” katanya pada sidang media Ops Sedar pengedaran maklumat kepada teksi Lembah Klang di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso Ismail Abi Hashim.

Katanya, seramai 400 kakitangan Perkeso terbabit dalam kempen Op Sedar mengedarka­n risalah kepada pemandu teksi di Lembah Klang bertujuan memberi penerangan secara lebih dekat mengenai skim berkenaan.

Jelasnya, mereka yang berdaftar perlu mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka kepada skim itu.

“Ini bermaksud kadar bayaran caruman setahun perlu dibuat kepada Perkeso adalah antara RM157.20 (RM13.10 sebulan) hingga RM592 (RM49.40 sebulan) bergantung pendapatan diinsurans­kan.

“Sehingga kini kami tidak menetapkan tarikh tutup pendaftara­n bagi skim ini tetapi sekiranya mereka gagal mendaftar mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia