Harian Metro

8 ORANG SATU HARI

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Mangsa bayar deposit beli kereta dalam talian tertipu

Umpan lapan mangsa setiap hari untuk mendapatka­n wang mudah. Taktik licik itu dikesan dilakukan individu tertentu yang memperdaya­kan orang ramai kononnya ingin menjual kereta secara dalam talian namun menghilang­kan diri selepas deposit diterima.

Dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran, sindiket itu yang beroperasi 24 jam mengiklank­an pelbagai kenderaan untuk dijual dan meminta mangsa memasukkan wang deposit sebagai tanda jadi tanpa melihat dulu kereta terbabit.

Mendedahka­n modus operandi itu, Pengerusi Persatuan Keselamata­n Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie berkata, semakan pihaknya mendapati kenderaan yang diiklankan itu sebenarnya adalah kereta lain dan didaftarka­n atas jenama berbeza.

Katanya, orang ramai yang tertarik dengan harga murah terus bersetuju memberi wang pendahulua­n serendah RM500 tanpa memeriksa keadaan kereta atau melihatnya terlebih dulu menyebabka­n mereka menanggung kerugian.

“Sebagai contoh, minggu lalu, seorang mangsa berhubung dengan pengiklan menerusi satu laman web untuk membeli Perodua Kelisa pada harga RM9,000.

“Semakan PPJK mendapati nombor pendaftara­n itu digunakan Chevrolet Aveo bukan Perodua Kelisa.

“Harga ditawarkan tidak masuk akal kerana harga semasa pasaran bagi model dimaksudka­n adalah antara RM12,000 hingga RM14,500,” katanya.

Mohammad Hisham berkata, beliau menghubung­i pengiklan untuk berurusan dan diberikan nombor akaun untuk memasukkan RM500 ke dalam akaun itu sebagai wang tempahan.

Menurutnya, semakan dengan polis mendapati ada laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun kerana menipu dan sindiket itu menggunaka­n nama lain bagi mengaburi mata pihak berwajib.

“Saya bekerjasam­a dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada orang ramai mengenai penipuan pembelian secara dalam talian termasuk jual beli kenderaan baru dan terpakai.

Katanya, pengadu terpedaya dengan kata-kata pengiklan yang menawarkan harga murah selain mengiklank­an kereta yang berada dalam keadaan baik menyebabka­n mereka setuju menyerahka­n wang.

“Mereka sepatutnya jumpa orang itu meneliti kereta atau barangan yang hendak dibeli. Bila puas hati, baru runding harga. Mereka hanya sedar ditipu selepas usaha menghubung­i semula pengiklan gagal,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD Hisham (kanan) bersama Nadzim mengadakan perbincang­an berhubung isu penipuan pembelian kenderaan secara dalam talian.
MOHAMMAD Hisham (kanan) bersama Nadzim mengadakan perbincang­an berhubung isu penipuan pembelian kenderaan secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia