Harian Metro

Lelaki palsukan sijil cuti sakit diberkas

-

Subang Jaya: Palsukan hampir semua surat cuti sakit milik hospital kerajaan di Lembah Klang untuk dijual kepada orang ramai.

Itu kegiatan seorang lelaki yang diberkas polis di Persiaran Jubli Perak, Batu 3, Shah Alam, malam Rabu lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Subang Jaya, jam 10.30 malam susulan penahanan seorang lelaki sebelum ini membabitka­n sindiket sama.

Sumber berkata, turut dirampas daripada suspek 101 sijil cuti sakit palsu dengan menggunaka­n pelbagai logo dan cop hospital kerajaan.

“Hasil maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota dari BSJKD Subang Jaya melakukan tinjauan di sebuah stesen minyak dekat Persiaran Jubli Perak.

“Selepas hampir sejam menunggu, kami ternampak sebuah kereta Proton Wira berwarna kuning memasuki kawasan stesen minyak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika polis mendekati suspek, lelaki itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan sebelum pemeriksaa­n lanjut dijalankan.

“Polis merampas sekeping sijil cuti sakit hospital yang dipercayai palsu dimiliki suspek.

“Pemeriksaa­n identiti mendapati suspek adalah anggota polis. Turut dirampas telefon bimbit yang digunakan untuk urusan menjual sijil cuti sakit hospital kerajaan disyaki palsu.

“Hasil pemeriksaa­n dalam kereta ada satu beg warna hitam mengandung­i 101 sijil sakit pelbagai nombor siri dari pelbagai hospital dan klinik kerajaan yang disyaki palsu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahka­n tangkapan itu dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

 ?? Sumber ?? MOHAMMAD Azlin Hasil pemeriksaa­n lanjut dalam kereta dinaiki menemui satu beg warna hitam mengandung­i 101 sijil sakit pelbagai nombor siri dari pelbagai hospital dan klinik kerajaan yang disyaki palsu”
Sumber MOHAMMAD Azlin Hasil pemeriksaa­n lanjut dalam kereta dinaiki menemui satu beg warna hitam mengandung­i 101 sijil sakit pelbagai nombor siri dari pelbagai hospital dan klinik kerajaan yang disyaki palsu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia