Harian Metro

‘HUKUMLAH SAYA’

Ibu dipenjara 9 tahun setengah bekukan dua bayi baru dilahirkan hidup-hidup

- Agensi

Seorang ibu berusia 46 tahun terpaksa meringkuk di penjara selama sembilan tahun setengah kerana membekukan dua bayinya hidup-hidup di dalam peti penyejuk sebelum mayat ditemui pada Januari lalu.

Mahkamah di bandar Halle/Saalle, timur Jerman menjatuhka­n hukuman terhadap Steffi Schmidt selepas laporan psikologi mendapati wanita itu tidak mengalami masalah mental.

“Apa yang saya lakukan itu sangat serius. Saya perlu dihukum atas perbuatan berkenaan,” kata Steffi kepada mahkamah.

Daily Mail melaporkan, wanita itu turut memberitah­u, dia menyimpan mayat kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya.

Steffi berjaya menyembuny­ikan kehamilan pertamanya sebelum melahirkan bayi perempuan pada 2004 dan melahirkan anak itu bersendiri­an di rumah.

Sebaik dilahirkan, dia memasukkan bayi itu dalam beg plastik dan menyumbatn­ya ke dalam peti penyejuk dalam keadaan hidup.

Dia kemudian melakukan perkara sama empat tahun kemudian selepas melahirkan bayi lelaki.

Bekas pasangan Steffi terjumpa satu mayat pada April tahun lalu namun polis tidak dimaklumka­n pada awalnya.

Polis menyerbu rumah Steffi di Benndorf, Januari lalu, selepas suami barunya mengesyaki sesuatu dan memaklumka­n pihak berkuasa.

Menurut dw.com, mayat itu ditemui di dalam beg dan hasil bedah siasat menunjukka­n bayi terbabit mati akibat kekurangan oksigen.

Steffi juga mempunyai dua anak lain.

Kes seumpama itu bukan kali pertama berlaku di Jerman apabila seorang ibu turut dibicaraka­n atas kesalahan membunuh lapan bayinya, dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia