Harian Metro

ENGGAN ULANG AKSI ‘GILA’

- AFP

 Ibrahimovi­c beri peringatan buat penyokong LA Galaxy agar tidak terlalu berharap padanya

Zlatan Ibrahimovi­c memberi peringatan kepada penyokong Los Angeles Galaxy supaya jangan terlalu berharap dia mampu mengulangi aksi luar biasa menjelang pertembung­an dengan Sporting Kansas City, hari ini.

Bintang Sweden itu membuat penampilan sensasi ketika tampil kali pertama dalam saingan Major League Soccer (MLS) selepas meledak dua kali, apabila masuk sebagai pemain simpanan ketika membantu Galaxy bangkit menumbangk­an Los Angeles FC 4-3 di StubHub Center.

Penyerang berusia 36 tahun itu menjaringk­an gol jarak jauh menerusi sepakan voli untuk gol penyamaan sebelum meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Ketika itu, Galaxy ketinggala­n 0-3, namun Ibrahimovi­c membuktika­n sumbangann­ya penting bagi membantu pasukan meraih tiga mata penuh.

Kini Ibrahimovi­c bimbang penyokong masih mengharapk­an aksi yang sama daripadany­a ketika Galaxy menanti kunjungan pendahulu, Kansas City.

“Aksi ‘gila’ seperti itu?..saya rasa tidak mungkin,” kata Ibrahimovi­c.

“Saya berharap kami akan mengawal perlawanan dengan lebih baik dan beraksi secara tersusun. Tunggulah.

Saya akan mencuba yang terbaik pada setiap perlawanan dan akan membantu rakan sepasukan untuk menang. “Saya tidak menjangkak­an aksi luar biasa pada setiap perlawanan. Saya akan mencuba, tetapi ia bukannya berlaku sepanjang masa.”

Ibrahimovi­c yang menyertai Galaxy dari Manchester United dengan kontrak dua tahun bermula bulan lalu berkata, dia melupakan aksi cemerlang minggu lalu dan lebih fokus kepada perlawanan akan datang.

“Perlawanan itu sudah berlalu, dan tumpuan kali ini ialah aksi pada Ahad,” katanya.

“Jadi, kita perlu fokus kepada perlawanan itu, bukan perlawanan minggu lalu. Bawa prestasi positif itu ke dalam perlawanan akan datang dan perbaiki perkara yang negatif,”

katanya.

 ??  ?? REAKSI penyokong LA Galaxy selepas Ibrahimovi­c menyumbat gol. IBRAHIMOVI­C muncul wira LA Galaxy selepas jaringkan gol pada masa kecederaan.
REAKSI penyokong LA Galaxy selepas Ibrahimovi­c menyumbat gol. IBRAHIMOVI­C muncul wira LA Galaxy selepas jaringkan gol pada masa kecederaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia