Harian Metro

Lacazette tak sabar gegar gawang Saints

-

London: Prestasi tidak menentu Alexandre Lacazette diakui mengecewak­an Arsenal, namun penyerang itu menegaskan dia kini bersedia memainkan peranan utama dan berharap dapat menutup saingan musim ini dengan kejayaan.

Sejak berpindah dari Lyon ke Emirates, terlalu banyak harapan diletakkan ke atas pemain antarabang­sa Perancis ini yang dibeli pada harga 52 juta pound (RM283.4 juta) dan memulakan musim dengan meledak lapan gol bermula Disember lalu.

Sejak itu, pemain berusia 26 tahun ini berdepan kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan dan terpaksa berehat panjang.

Dia mungkin akan diturunkan berdepan Southampto­n dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), esok selepas meledak tiga kali dalam dua perlawanan terakhir termasuk ketika menang 4-1, ke atas CSKA Moscow dalam suku akhir pertama Liga Europa.

Pertembung­an dengan Southampto­n bimbingan Mark Hughes cukup penting buat Arsenal yang kini berada di tangga keenam liga, 13 mata ketinggala­n di belakang kelompok empat teratas dan tiada harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara secara automatik melalui kedudukan dalam liga.

Namun, skuad Arsene Wenger masih berpeluang layak jika menjulang trofi Liga Europa dan secara kebetulan, Lacazette kini sudah kembali menemui sentuhan untuk membantu pasukan.

“Pembedahan itu sudah berjaya dan kini saya boleh beraksi sepenuhnya,” katanya kepada London Evening Standard.

“Memang sangat mengecewak­an apabila anda tidak cukup bagus seperti yang dimahukan. Kini, saya gembira dan semuanya semakin pulih seperti biasa.

“Adakah penyokong Arsenal sudah melihat aksi terbaik saya? Belum lagi kerana saya tahu saya boleh melakukan yang lebih baik. Tetapi saya perlukan lebih banyak masa kerana saingan di sini berbeza ketika bersama Lyon. Saya berada di Lyon untuk beberapa tahun dan kini semakin meningkat setiap hari.

“Saya berasa cukup bagus ketika di padang dan saya gembira,” katanya. - AFP

 ??  ?? LACAZETTE (kanan) sudah bebas daripada kecederaan lutut.
LACAZETTE (kanan) sudah bebas daripada kecederaan lutut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia