Harian Metro

GOYAH TANPA SALAH

- AFP

Liverpool

Liverpool kelihatan terjejas tanpa khidmat bintang utama, Mohamed Salah apabila diikat 0-0 oleh Everton pada pertembung­an musuh setempat Merseyside bagi aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, malam tadi.

Salah, pemain sayap dari Mesir yang menyerlah dalam kempen mengagumka­n Liverpool setakat ini, diketepika­n kerana kecederaan kecil di pangkal

paha ketika pengurus Juergen Klopp mahu memberikan peluang buat pemain utamanya itu cergas bagi aksi penting Liga Juara-Juara menentang Manchester City, awal pagi Rabu ini.

Danny Ings dan Dominic Solanke kelihatan berkarat ketika mereka tampil dalam kesebelasa­n utama dengan Solanke gagal menyempurn­akan dua peluang awal.

Roberto Firmino masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan ketika Reds terdesak mencari gol kemenangan namun pasukan tangga ketiga Liga Perdana itu terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Mereka bagaimanap­un meneruskan rekod tanpa kalah dalam pertembung­an musuh setempat Merseyside kepada 17 perlawanan, ketika Seamus Coleman

 Liverpool gagal kekal rentak konsisten selepas diikat Everton

dan Dominic Calvert-Lewin kedua-duanya gagal menyudahka­n dua cubaan lewat Everton.

Klopp terpaksa membuat keputusan penting mengenai pemilihan pemainnya dengan Liverpool berdepan aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang City tiga hari lagi berikutan kemenangan 3-0, awal pagi kelmarin.

Hakikat beliau melakukan lima pertukaran membuktika­n di mana keutamaann­ya ketika ini.

Ings memulakan aksi liga buat kali pertama sejak Klopp mengambil alih dua setengah tahun lalu, sesudah bangkit daripada dua kecederaan lutut serius, manakala Solanke hanya tampil kali keempat dalam kesebelasa­n utama kelab itu bagi aksi liga.

Selain itu, Nathaniel Clyne memulakan perlawanan kali pertama dalam tempoh 11 bulan selepas pulih daripada kecederaan belakang serius, manakala pertahanan tengah Ragnar Klavan dipaksa beraksi di pertahanan kiri, selepas hanya bermain selama 11 minit sejak awal tahun ini.

Disebabkan rombakan itu, Liverpool gagal bertindak baik seperti sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia