Harian Metro

Ramalan Conte jadi kenyataan

-

London: Ketika status Chelsea selaku juara Liga Perdana sudah berakhir, ia tepat menerangka­n apa yang diramalkan Antonio Conte, ketika beliau memulakan usaha mempertaha­nkan gelaran mereka.

Bos Blues itu menjadi individu kecewa sejak beliau memberi amaran mereka akan menempuh musim sukar ketika jelajah pramusim Chelsea yang lalu.

Berang dengan kegagalan pengurusan tertinggi Chelsea mendapatka­n sasaran utama serta perbalahan secara umum dengan Diego Costa – penyerang yang dibuangnya sebelum dijual ke Atletico Madrid, Conte sudah menyatakan dengan jelas mereka akan dilanda masalah.

Ramalan bekas jurulatih Juventus itu terbukti benar ketika Chelsea melalui musim sukar dengan mereka akan ke saingan tetangga London berdepan West Ham, hari ini dengan risiko terkeluar daripada kedudukan empat terbaik.

Kekalahan hujung minggu lalu kepada Tottenham menyebabka­n Chelsea kini ketinggala­n lapan mata daripada kedudukan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Berbaki tujuh perlawanan, tempoh dua tahun Conte di Stamford Bridge tampak akan tamat dengan beliau akan meninggalk­an kelab pada penamat musim.

Ketika ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedang memikirkan mahu mendapatka­n bekas bos Barcelona, Luis Enrique dan jurulatih Juventus, Max Allegri.

Gianluca Vialli, bekas pengurus Chelsea dan rakan sepasukan Conte di Juventus, mendakwa rakan lamanya itu tidak sabar meninggalk­an kelab barat London itu selepas penat kerana kurang pengaruh dalam pembinaan skuad.

Namun, Conte berkali-kali enggan dikaitkan dengan masalah masa depannya dan ketika ditanya mengenai komen Vialli, dia berkata: “Ia tidak benar. Tetapi sejak musim ini, saya mendengar banyak spekulasi mengenai masa depan saya, tetapi sebenarnya saya komited kepada kelab ini.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia