Harian Metro

Badminton lubuk utama kaut emas

-

ini, selain isu PRU-14 yang bakal berlangsun­g tidak lama lagi, satu lagi yang kerap diperkatak­an adalah aksi atlet negara pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

Setakat saya menulis ketika ini, kontinjen negara sudah pun memenangi dua pingat emas menerusi acara angkat berat.

Sudah pasti ia satu permulaan yang baik dalam usaha mengatasi sasaran enam emas yang dimenangi empat tahun lalu di Glasgow, Scotland.

Malah, daripada awal lagi, secara peribadi saya cukup yakin kontinjen kali ini mampu mengatasi sasaran di Glasgow.

Badminton pastinya lubuk utama untuk memungut sebanyak mungkin emas kerana kecuali India dan England, taraf badminton negara jauh lebih ke depan berbanding negara lain.

Antara yang mencuri tumpuan penonton apabila menyaksika­n acara badminton tentulah siapa lagi kalau bukan jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei.

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui Chong Wei mempunyai peluang untuk melakar satu lagi sejarah.

Dia yang kini sudah pun mempunyai koleksi empat emas di temasya sukan dwitahunan itu, berpeluang menyamai rekod bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat yang muncul atlet paling banyak memenangi emas di Sukan Komanwel iaitu lima.

Kalau ikut congakan, peluang Chong Wei untuk menyamai rekod rakannya boleh hadir menerusi acara berpasukan campuran sekiranya kita melangkah ke final.

Malah, Chong Wei berpeluang menggantik­an tempat Kien Keat sekiranya muncul pemenang acara perseorang­an.

Jadi, ada kemungkina­n enam emas dalam koleksinya sebelum bersara. Namun, bagi saya, tidak perlu untuk Chong Wei memikirkan semua itu.

Dia hanya perlu fokus ketika turun beraksi terutama dalam acara berpasukan. Sebab kalau gagal memenangi emas, ia adalah satu situasi cukup memalukan jika mengambil kira status kita selaku antara kuasa besar dunia.

Apapun, ayuh semua kontinjen negara buktikan bahawa Malaysia juga unggul di mata dunia. Jumpa lagi.

 ??  ?? CHONG Wei mampu tambah koleksi emas sebelum bersara.
CHONG Wei mampu tambah koleksi emas sebelum bersara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia