Harian Metro

PESCAO MENYINAR

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Hafizh Syahrin Abdullah melalui permulaan positif di Grand Prix Argentina apabila muncul penunggang baru terpantas dalam sesi latihan bebas satu (FP1) dan dua (FP2), awal pagi semalam.

Penunggang Monster Yamaha Tech3 itu mencatat 1 minit 41.094 saat bagi kedudukan ke-11 dalam FP1, namun hujan sebelum bermula sesi kedua di litar Termas de Rio Hondo menyaksika­n dia lebih perlahan dengan masa 1:41.257s untuk kedudukan ke-16 FP2.

Hafizh yang menamatkan saingan di tangga ke-14 perlumbaan pembuka tirai di Qatar awal bulan ini, mengakui dia melakukan sedikit kesilapan pada FP2 ketika mencuba untuk berada di kedudukan 10 terpantas.

“Saya rasa sangat bagus dalam FP2 selain sesi pertama pagi ini. Ia mengambil sedikit masa untuk membersihk­an litar, namun secara keseluruha­n saya melalui detik yang bagus,” kata pelumba berusia 23 tahun itu.

“Pada sesi petang, keadaan lebih sukar. Saya memberi tekanan berlebihan

(gambar)

untuk terus layak ke Q2 (10 terbaik).

“Ia membuatkan saya melakukan sedikit kesilapan, tapi pada penghujung­nya, saya faham apa yang saya lakukan adalah salah. Jentera rasa lebih bagus buat saya secara keseluruha­n.

“Kami melihat data untuk lebih meningkat esok (hari ini) dan saya harap saya boleh meningkat lagi kali ini.”

Litar Termas de Rio Hondo yang jarang digunakan, dikenali sebagai litar paling kotor dalam kejuaraan kali ini dan hanya akan dibersihka­n selepas sesi pertama atau kedua.

Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco berada di kedudukan keempat (1:40.614s) dalam FP1 dan ke-14 (1:40.974s) dalam FP2.

Pasangan penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa dan Marc Marquez mencipta kepantasan awal apabila mereka mengunggul­i FP1 dan FP2 masing-masing dengan masa 1:40.303s dan 1:39.395s.

Sementara itu, Adam Norrodin kembali menyerlah dalam kalangan penunggang Malaysia yang bersaing dalam kelas Moto2 dan Moto3 semalam.

Adam muncul pelumba kedua terpantas pada sesi latihan bebas 1 (FP1) Moto3 apabila mencatat masa 1 minit 52.537 saat sebelum memperbaik­i catatan kepada 1:51.121s di FP2 untuk menduduki tangga kelapan.

Rakan sepasukann­ya di Petronas Sprinta Racing, Ayumu Sasaki berada di kedudukan ke-10 (1:53.252s) dalam FP1 dan ke-15 (1:51.351s) dalam FP2.

Pada 2016, Adam pada penampilan pertamanya berada di landasan terbaik untuk kedudukan ketiga di Argentina, tetapi terbabas pada selekoh terakhir.

Dia kemudian menolak jenteranya untuk menamatkan saingan di tangga ke-11 dan meraih mata pertama dalam Moto3. Dalam saingan Moto2, penunggang baru, Zulfahmi Khairuddin (SIC Racing Team) dan Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia) masingmasi­ng berkeduduk­an ke-28 (1:46.815s) dan 29 (1:47.040s) dalam FP1 diikuti ke-30 (1:47.902s) dan 29 (1:47.884s) dalam FP2.

 Hafizh penunggang baru terpantas FP1, FP2

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia