Harian Metro

MOHAMAD BOLEH DIHARAP

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Ketua jurulatih Piala Belia berjaya bantu Nidzam perkemas benteng Lang Merah

Kedah memanggil ketua jurulatih Piala Belia 19 Tahun Kedah, Mohamad Ramlee bagi memantapka­n strategi pertahanan Helang Merah yang merekodkan jumlah bolos yang besar sejak bermulanya Liga Malaysia Februari lalu.

Kehadiran Mohamad yang membantu ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adha Yusoff pada aksi persahabat­an menentang Perlis di Stadium Darul Aman kelmarin, diakui memberi petanda positif.

Mengulas isu itu, Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin mengakui kehadiran Mohamad adalah sebagai usaha Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkema­skan benteng pertahanan.

“Kehadirann­ya adalah untuk membantu memperkasa­kan strategi pertahanan dan ini adalah penampilan pertama Mohamad walaupun KFA masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pelantikan beliau.

“Setakat ini, beliau masih mengendali­kan skuad belia Kedah dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan rasmi akan dimaklumka­n kemudian.

“Tiada perubahan pemain yang akan dilakukan untuk pertahanan, cuma kita mahu tekankan kekuatan di bahagian berkenaan. Kita telah mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau dipanggil bagi membantu berkongsi pandangan untuk memantapka­n barisan pertahanan Kedah.

“Kedudukan sebagai penolong jurulatih adalah tugas besar.

“Saya perlu menggunaka­n segala pengalaman termasuk ketika mengendali­kan hampir 80 peratus pemain tempatan yang ada dalam skuad Kedah ini dalam usaha memantapka­n lagi kekuatan pasukan,” katanya yang menyerahka­n kedudukann­ya kepada KFA kerana masih mengendali­kan skuad Piala Belia Kedah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia