Harian Metro

Pemain ‘gergasi’ cetus impak positif

-

minggu ini saya ingin meraikan perkara positif yang berlaku sepanjang minggu lalu. Setiap hujung minggu kita biasanya mengimbas kembali apa yang berlaku dalam arena bola sepak, tetapi ada kalanya hanya suasana muram yang dapat kita lihat.

Tetapi, hujung minggu ini kita boleh beristireh­at dengan mengenang semula persembaha­n Real Madrid ketika menentang gergasi Itali, Juventus.

Perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara berlangsun­g di Turin dan kita menyaksika­n tahap permainan menakjubka­n. Kedua-dua pasukan beraksi baik.

Prestasi serta persembaha­n Cristiano Ronaldo dengan tambahan jaringan luar biasa untuk gol kedua peribadiny­a pada malam itu mendapat sokongan serta penghormat­an penyokong Juventus. Apabila pemain lawan mendapat penghormat­an di laman orang maka dia boleh dianggap ‘gergasi’.

Dan pemain gergasi akan pastikan pasukannya berjaya tidak kira betapa baik persembaha­n lawan. Di Turin, Ronaldo menakluk Juventus. Di Anfield pula, Liverpool berjaya menjinakka­n anak buah Pep Guardiola, Manchester City yang terus kehilangan identiti apabila Reds menjaringk­an tiga gol dalam tempoh 31 minit. Walaupun ia adalah perlawanan pertama peringkat suku akhir, jelas aksi Liverpool seperti taufan yang sukar dikawal.

Walaupun Manchester City adalah juara EPL, tetapi kemampuan Liverpool yang mudah menepis serangan bermakna Guardiola harus mengubah perancanga­nnya setiap kali menghadapi perlawanan kalah mati.

Sementara itu, perkara yang paling positif dari pertengaha­n minggu pula adalah perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun masih di peringkat kumpulan, ACL membawa situasi serta suasana yang tegang.

Perlawanan dari Kumpulan H menyajikan Shanghai Shenhua berdepan Kashima Antlers dari Jepun. Suasana di Shanghai begitu tegang kerana Shanghai Shenhua amat memerlukan tiga mata manakala Kashima Antlers hanya mahu satu mata untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

Semuanya berjalan lancar apabila Shanghai Shenhua mendahului dengan dua gol tanpa balas selepas 28 minit, tetapi suasana makin tegang di atas padang di mana pemain kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari kelebihan untuk pasukan masing masing.

Mujur ada pengadil yang tenang dan bijak mengawal setiap situasi. Pengadil berpegang teguh kepada undang-undang bola sepak. Setiap keputusan yang tepat dihormati pemain walaupun suasana di atas padang makin tegang apabila pasukan pelawat dapat menyamai kedudukan.

Akhirnya, keputusan seri menyingkir­kan tuan rumah, tetapi kedua-dua pasukan tidak menjadikan pengadil sebagai alasan.

Kita harus bangga kerana pengadil dari Malaysia, Mohd Amirul Izwan Yaacob yang mengadili perlawanan tegang antara Shanghai Shenhua dan Kashima Antlers memiliki kualiti ‘tahap dunia’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia