Harian Metro

‘Sudah ada dalam kontrak Veenod...’

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: “Jangan terburu-buru hukum kami,” itu reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan selepas pemain tengah, S Veenod tidak berpuas hati apabila digugurkan pada jendela perpindaha­n kedua.

Bibi Ramjani menegaskan, pemain berusia 31 tahun itu tidak seharusnya menyalahka­n KAFA kerana keputusan berkenaan sudah diteliti berdasarka­n prestasi semasa bersama pasukan.

Malah, pemain yang digugurkan sudah diberi peringatan meningkatk­an prestasi dan jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan seperti dipersetuj­ui dalam kontrak.

“Saya sudah hubungi dia (Veenod) Rabu lalu untuk berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini, tetapi dia memaklumka­n masih bercuti di Pulau Pinang.

“Memandangk­an saya juga mempunyai urusan dan perlu berangkat ke China, saya meminta (ketua jurulatih), Fajer Ebrahim untuk sampaikan kepadanya, tetapi mungkin belum diberitahu memandangk­an pasukan mempunyai perlawanan persahabat­an pada hari sama.

“Tetapi sebelum membuat keputusan itu, KAFA sudah beberapa kali memberinya surat peringatan supaya meningkatk­an prestasi. Kami tidak teragak-agak menamatkan kontrak jika prestasiny­a belum memuaskan.

(gambar)

“Jadi tidak perlu dia terburu-buru memberi kenyataan kerana perkara ini seharusnya sudah difahami, malah jika ada perkara perlukan penjelasan, dia sepatutnya rujuk kepada KAFA atau berbincang dengan saya,” katanya ketika dihubungi.

Kelantan yang melalui proses rombakan pasukan, menggugurk­an beberapa pemain susulan isu tidak serasi dengan corak permainan Fajer.

Veenod yang baru diikat musim ini tidak terlepas daripada senarai pemain yang digugurkan badan induk itu bersama pemain import Brazil, Bruno Lopes; pemain import Indonesia, Ferdinand Sinaga; penyerang, Norfarhan Muhammad (dipinjamka­n) Rozaimi

Azwar, Faizol

Nazlin Sayuti,

Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab

Rahman, Tengku

Qayyum Ubaidillah dan

Hattaphon

Bun An.

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjanji tampil lebih baik untuk meraih kemenangan ke atas Pahang apabila bertembung di suku akhir kedua Piala FA, 20 April

ini. Keputusan seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama malam kelmarin, tidak seperti yang diharapkan kerana

 Longhi akur seri di Darul Makmur, namun

optimis pemain bangkit di laman sendiri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia