Harian Metro

SERANGAN TUMPUL

-

misi Harimau Selatan adalah mencatat kemenangan untuk bekalan awal atau sekurang-kurangnya meledak gol di laman lawan.

Jurulatih JDT, Raul Longhi yang sedikit kecewa dengan keputusan itu menegaskan, kemenangan sepatutnya berpihak kepada skuad kendaliann­ya kerana lebih menguasai permainan terutama pada separuh masa pertama.

“Saya lebih gembira jika kami menang, tetapi pemain gagal membolosi gawang tuan rumah kerana memiliki sekurang-kurang tiga peluang berbuat demikian. Pemain sudah berusaha dengan baik, tetapi digagalkan lawan,” kata jurulatih Argentina itu.

Jadi, beliau mahu pemainnya memanfaatk­an peluang beraksi di laman sendiri untuk mara ke pentas separuh akhir.

“Jentera serangan juga diharap lebih berbisa untuk pertemuan kedua nanti,” katanya.

Pada perlawanan itu, peluang terbaik JDT hadir menerusi sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-39, tetapi bola terkena palang walaupun penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias sudah tertewas.

Namun, Harimau Selatan yang memiliki rekod bersih di Larkin sudah pasti memiliki kelebihan untuk menafikan hasrat Pahang untuk menang pada pertemuan kedua nanti.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh percaya peluang mereka untuk mara masih lagi terbuka dan justeru, beliau mahu pemainnya lebih bersedia dengan memantapka­n jentera tengah.

“Segala-galanya serba tidak menjadi pada perlawanan ini (malam kelmarin) kerana kami lebih banyak memberi ruang kepada lawan, khususnya pada separuh masa pertama.

“Pemain seolah-olah hilang keyakinan dan gagal mengawal permainan hingga membenarka­n pemain tengah yang diketuai Safiq bergerak bebas.

“Namun, kita bernasib baik kerana JDT hanya membuat dua percubaan berbahaya ke gawang Pahang,” katanya sambil mengaku ketiadaan penyerang, Francis Forkey Doe menjejaska­n pasukannya.

“Pada masa sama, Patrick Cruz juga tidak dapat bermain dengan baik kerana kecederaan paha kiri yang dialami belum pulih. Dia juga kecewa, tetapi saya yakinkan kepadanya masih ada masa untuk pulih sepenuhnya apabila bertemu pada suku akhir kedua nanti.

“Apa yang perlu dilakukan adalah meningkatk­an lagi kualiti permainan terutama mengukuhka­n jentera tengah kerana Nor Azam Azih yang menjadi nadi pasukan gagal beraksi dengan baik.

“Azam juga banyak dibantu Safuwan Baharudin untuk memastikan lawan tidak menjaringk­an gol,” katanya.

 ??  ?? CRUZ (kiri) mengasak gawang JDT.
CRUZ (kiri) mengasak gawang JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia