Harian Metro

Keletihan punca prestasi merudum

-

Gold Coast: Welson Sim

meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi dirinya selain menyalahka­n faktor kepenatan.

Ketika hari pembukaan saingan renang berlangsun­g Khamis lalu, dia berjaya melangkah ke pusingan akhir acara 400 meter gaya bebas, sekali gus muncul perenang negara pertama mara ke final sejak 2002.

Namun, Welson gagal membaiki rekod kebangsaan 3 minit 49.48 saat miliknya.

Perenang itu juga tidak

(gambar)

berjaya memecah rekod kebangsaan 1:47.36s dalam acara 200m gaya bebas sementara menamatkan saingan di kedudukan ke-27 dalam acara 100m gaya bebas dengan 50.91s semalam - ketinggala­n 0.59s daripada rekod terbaik peribadiny­a.

“Saya datang ke sini untuk memecahkan rekod kebangsaan Gold Coast: Kempen pasukan ping pong lelaki dan wanita negara berakhir semalam.

Pasukan ping pong lelaki dan wanita negara masing-masing kalah 3-0 kepada India dalam saingan suku akhir.

Jurulatih negara, Beh Lee Wei bagaimanap­un berkata, beliau berbangga terhadap pemainnya apabila berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) yang menurunkan barisan pemain muda meletakkan sasaran bagi kedua-dua skuad untuk mara ke suku akhir.

Pasukan wanita bagaimanap­un menghadiah­kan pingat gangsa pada dua edisi sebelum ini iaitu pada 2010 di New Delhi dan 2014 di Glasgow.

“Pemain ke sini hanya untuk mengumpul pe- saya dalam 200m dan 400m gaya bebas, tetapi saya tidak dapat berenang sepantas yang saya mahukan dalam kedua-dua acara ini. Atlet berlatih untuk memecah rekod, jadi saya kecewa,” kata Welson.

“Saya cuma penat... badan saya penat... keadaannya sering seperti ini sejak tiga minggu kebelakang­an ini. Tetapi ia adalah sesuatu yang saya perlu lakukan jika saya mahu menjadi perenang terhebat.

“Bagaimanap­un, Sukan Komanwel bukan sasaran utama saya. Saya berharap prestasi saya akan memuncak bagi Sukan Asia di Indonesia pada Ogos depan yang menjadi keutamaan saya.

Welson sepatutnya beraksi pada acara terakhir 1,500m esok tetapi berkata masih belum pasti sama ada akan turut serta atau tidak. ngalaman. Kami tahu sebelum tiba ke sini lagi yang memenangi pingat adalah sukar, jadi kekalahan di suku akhir bukan sesuatu yang mengejutka­n,” kata Lee Wei.

“Bagaimanap­un, kedua-dua pasukan melakukan yang terbaik dan saya gembira dengan persembaha­n mereka. Saya percaya pengalaman yang mereka peroleh di sini akan menjadikan mereka pemain lebih bagus pada masa hadapan.

“India menurunkan pemain mereka yang berpengala­man tetapi kami memberi mereka tentangan sengit dalam saingan pasukan wanita. Kami juga tidak meletakkan sebarang sasaran dalam acara individu (bermula Selasa ini) tetapi saya berharap mereka akan memenangi beberapa perlawanan.”

 ??  ?? SKUAD beregu ping pong negara, Choong Javen (kanan) bersama Leong Chee Feng ketika menentang India.
SKUAD beregu ping pong negara, Choong Javen (kanan) bersama Leong Chee Feng ketika menentang India.
 ?? FOTO: YAZIT RAZALI ?? AKSI Welson di final 400 meter gaya bebas.
FOTO: YAZIT RAZALI AKSI Welson di final 400 meter gaya bebas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia