Harian Metro

INI BARU PERMULAAN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Penyumbang emas pertama negara, Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad berjanji untuk terus mengharumk­an nama negara dan majikannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selepas cemerlang di Komanwel, atlet yang lebih dikenali dengan panggilan Wafie dalam kalangan rakannya berkata, misinya belum berakhir malah menyifatka­n tugasnya baru saja bermula.

Bagaimanap­un, dia perlu berehat selama sebulan ekoran kecederaan lutut yang dialaminya serius.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

“Juga terima kasih kepada Rejimen 508 Wataniah Seremban kerana menyerapka­n saya ke dalam pasukan

(gambar)

ATM. Saya berjanji akan terus berusaha mengharumk­an nama negara dan majikan,” katanya.

Terdahulu, atlet kelahiran Rompin, Pahang itu melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama negara meraih pingat emas selepas mengunggul­i kategori 56kg di Carrara Sports and Leisure Center, 5 April lalu. Berkongsi kembali detik kejayaanny­a merangkul emas yang disifatkan sebagai hadiah hari lahir, Wafie berkata, dia ketika ini berada dalam keadaan yang selepas berjaya melunaskan sasaran yang disandarka­n di bahunya.

“Lega yang teramat lega. Lega sangat. Impian saya selepas ini untuk pecahkan rekod Malaysia di Kejohanan akan datang. Insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai ganjaran yang bakal diperoleh olehnya termasuk RM80,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN), Wafie sudah mempunyai perancangn­ya sendiri.

Dia mahu menggunaka­n wang itu untuk membesarka­n rumah di kampung serta berkongsi nikmat yang diperoleh bersama mereka yang memerlukan serta menyumbang kepada rumah anak yatim di Rompin serta Sekolah Tahfiz Felda Keratong 3.

 Wafie janji terus harumkan

nama negara, majikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia