Harian Metro

J TAK PERLU GELABAH

-

Coast: Ramai yang mungkin berasakan rekod kebangsaan 50m kuak lentang milik Lim Keng Liat tidak mungkin dapat diperbahar­ui untuk tempoh sedekad lagi, namun Tern Jian Han menafikann­ya apabila memecahkan rekod berkenaan, semalam.

Jian Han sudah memberi amaran awal mampu memecahkan rekod 25.67 saat milik Keng Liat yang menyaksika­nnya meraih pingat perak pada edisi 2002 di Manchester apabila mencatat masa 25.83s pada saringan sebelah pagi untuk layak ke separuh akhir.

Pada separuh akhir, Jian Han mencatat masa 25.60s untuk menamatkan saingan di kedudukan keempat, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan yang bertahan selama 16 tahun.

Atlet kelahiran Johor itu muncul perenang kelima terpantas, sekali gus menempah tiket final hari ini.

Bagaimanap­un, Jian Han perlu memperbaik­i catatan sekurang-kurangnya 0.50s urulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen perlu menggunaka­n baki tiga hari yang ada untuk membantu pemainnya mengawal kebimbanga­n apabila bertemu India dalam perlawanan ketiga Kumpulan B, Selasa ini.

Semalam, Malaysia kembali bangkit menewaskan Wales 3-0 selepas dibelasah 0-7 oleh England dalam perlawanan pertama.

Fitri Saari menjaringk­an gol pembukaan apabila pemain itu berjaya menyempurn­akan pukulan penalti pada minit ke-19, sebelum Joel Van Huizen menjaringk­an gol kedua pada minit ke-36 menerusi bola muntah ketika cubaan pukulan sudut penalti bagi menjaringk­an gol kedua dalam kariernya.

Faizal Saari pula memperoleh jaringan daripada jarak dekat selepas menerima hantaran bola Fitri pada minit ke-55 bagi jaringan terakhir.

(gambar)

“Kami bermain lebih bagus berbanding semalam (kelmarin). Bagaimanap­un, beberapa pemain muda kami kelihatan gugup.

“Saya boleh melihat kebimbanga­n mereka biarpun selepas kami menjaringk­an gol pertama, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

“Tetapi semuanya lebih baik selepas kami menjaringk­an gol kedua dan ketiga. Kami akan menggunaka­n rehat ini untuk kembali cergas dan juga membaiki taktikal permainan kami.

“Bahang panas juga mengganggu rentak permainan tetapi ia bukanlah satu alasan kerana semua pasukan perlu mengadapta­si dengan keadaan ini.

Malaysia akan bertemu India, Selasa ini diikuti Pakistan pada keesokan harinya.

Sementara itu, skuad wanita pula mempamer persembaha­n membanggak­an apabila mengikat pasukan di ranking 14 dunia, Afrika Selatan 1-1, petang semalam.

Malaysia yang menduduki ranking 22, bertahan dengan baik, sekali gus menyukarka­n Afrika Selatan untuk menembusi gawang negara.

Malaysia membuka jaringan menerusi Nuraslinda Said hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-39 sebelum Jade Mayne menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.

Keputusan seri itu kembali membuka peluang buat Malaysia yang tewas 1-4 di tangan juara Asia, India pada aksi pembukaan.

Malaysia akan menentang England, esok.

 Stephen perlu kembalikan ketenangan

pemain sebelum aksi berdepan India

 ??  ?? PEMAIN negara bangkit melakar kemenangan ke atas Wales selepas ditewaskan England pada aksi pertama.
PEMAIN negara bangkit melakar kemenangan ke atas Wales selepas ditewaskan England pada aksi pertama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia