Harian Metro

Chong Wei ketuai cabaran bertemu England

-

Gold Coast: Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran Malaysia berdepan England dalam aksi separuh akhir berpasukan campuran di Kompleks Sukan Carrara, hari ini.

Malaysia yang turun dengan misi memburu gelaran juara buat kali keempat berturut-turut, melakar kemenangan 3-0 ke atas Scotland dalam aksi suku akhir, semalam namun perlawanan berlangsun­g lebih lama daripada yang diramalkan apabila gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa

(gambar)

beraksi sehingga tiga set dalam perlawanan pertama.

Peng Soon-Liu Ying tewas set pertama sebelum mencatat kemenangan 14-21, 21-18, 21-15 ke atas gandingan Adam Hall-Julie Macpherson.

Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik tiga kali hanya mengambil masa 36 minit bagi menewaskan Kieran Merrilees 21-14, 21-7 dalam saingan perseorang­an lelaki sebelum beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengutip mata kemenangan hasil kejayaan menumbangk­an Alexander Dunn dan Adam Hall 21-10, 21-15.

England turut melakar kemenangan selesa dalam laluan mereka ke separuh akhir apabila menewaskan Kanada 3-0 dan pertembung­an dengan Malaysia bakal menyaksika­n persaingan hebat menerusi acara beregu lelaki dan beregu campuran.

Chong Wei yang akan berdepan Rajiv Ouseph, bertekad untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah ke atas lawannya.

“Saya sudah banyak kali menentang Rajiv dan saya tidak pernah tewas. Saya harap saya boleh menang lagi esok.

“Saya hanya perlu fokus kepada proses pemulihan dan bersedia dengan segala kemungkina­n.

“Apapun, ini bukan saingan individu. Rakan sepasukan saya yang lain juga perlu menyumbang­kan mata untuk pasukan dan sekali gus layak ke final,” katanya.

Sementara itu, India turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan Mauritius 3-0 dan akan berdepan Singapura yang menundukka­n Australia dengan keputusan sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia