Harian Metro

Dua badang pulih martabat angkat berat

-

Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad meraih pingat emas pertama di Sukan Komanwel Gold Coast disusuli Muhammad Aznil Bidin pada sebelah malamnya melakar sejarah tersendiri.

Azroy yang bertanding dalam kategori 56kg, memecahkan rekod 16 tahun disandang Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara keseluruha­n di Manchester.

Dia juga memecahkan rekod Amirul di edisi New Delhi 2010 menerusi acara snatch.

Aznil yang tidak diletakkan sasaran pula memberi kejutan apabila meraih pingat emas kedua negara dalam kategori 62kg, apatah lagi dikhabarka­n baru saja diserapkan ke Program Podium.

Dua emas itu setidak-tidaknya mengurangk­an debaran kontinjen negara yang mahu mengatasi pencapaian di Glasgow apabila mahu pulang dengan lebih daripada enam emas.

Dua sudah di tangan, tinggal empat atau lebih daripada itu mahu dibawa pulang.

Bagi kedua-dua atlet berkenaan, pastinya bakal menerima ganjaran sebaik kembali ke tanah air.

Di sini, kisah mereka bukan saja mendapat liputan meluas, malah khabarnya turut menerima hadiah berupa sijil dan kaca mata daripada syarikat pengeluar jam tangan terkemuka.

Namun, di sebalik keceriaan itu, masih banyak ranjau yang perlu diharungi atlet sukan angkat berat untuk memastikan sukan ini bersih daripada sebarang kontrovers­i.

Sejak sekian lama, angkat berat dipalit kontrovers­i membabitka­n disiplin atlet hinggalah masalah doping.

Amirul sendiri pernah digantung dan Mohd Hafifi Mansor menjadi ‘mangsa’ terbaru apabila diuji positif anabolic steroid oxymetholo­ne pada Terbuka Australia di Melbourne, Mac tahun ini.

Mungkin itu antara punca Majlis Sukan Negara masih belum terbuka hati mahu kembali menyenarai­kan sukan itu sebagai sukan teras.

Tugas besar kini menanti Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) yang bukan saja mahu melahirkan bakat seperti Azroy dan Aznil tetapi membersihk­an imej sukan angkat berat yang sekian lama tercalar.

 ??  ?? AZROY
AZNIL
AZROY AZNIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia