Harian Metro

GEGAR VELODROM

-

Meskipun gagal menghadirk­an pingat, Muhamad Shah Firdaus Sahrom tetap boleh berbangga dengan pencapaian­nya dalam acara pecut, sekali gus membuktika­n kemampuann­ya di antara pentas terbesar dunia.

Selepas berjaya mengejutka­n penonton di Velodrom Anna Meares dengan menewaskan juara dunia, Matt Glaetzer dari Australia pada aksi suku akhir, saingan lebih sengit dihadapiny­a ketika berdepan pelumba New Zealand, Sam Webster di separuh akhir.

Shah Firdaus tewas di tangan Webster dan bertemu atlet tuan rumah Jacob Schmid untuk penentuan gangsa yang bagaimanap­un gagal dimenangin­ya.

“Ini hari yang amat mencabar bagi saya kerana sejak hari pertama... saya menyertai acara pecut berpasukan, keirin (semalam) dan hari ini pecut individu,” katanya.

“Saya datang untuk buat catatan terbaik peribadi dan saya percaya sukar untuk menewaskan mereka sebaik melihat kepada catatan masa, tetapi apabila menentang Glaetzer, saya ingin tunjukkan sesuatu kepada semua pesaing.

“Dia juara dunia, nombor satu dunia dan pemegang rekod. Saya cakap dalam hati, kalau dia nak menang dia perlu berusaha mendapatka­nnya.

“Saya tunjukkan depan mereka dan selepas itu saya memberi semangat kepada

 Shah Firdaus singkir juara dunia

diri sendiri. Setiap pusingan selepas itu bagaikan final kerana apabila kita pergi ke kejohanan dunia atau Olimpik, kita akan jumpa orang yang sama di final.

“Jadi saya rasa itu cukup baik bagi saya kerana acara pecut memang sesuatu yang mencabar, jika silap sedikit akan kalah.

“Saya akui gementar di final kerana kali pertama saya bertanding di pentas sebesar ini, banyak yang saya belajar.”

Sementara itu, hajat pelumba para Muhammad Afiq Afify Rizan serta jurupandu Muhammad Khairul Adha Rasol untuk pulang dengan sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara pecut tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan tuan rumah, Brad Henderson-Tom Clarke.

“Saya sudah buat yang terbaik, saya kalah pada penentuan separuh akhir. Saya cuba untuk lakukan yang terbaik tetapi gagal, tiada rezeki saya di Sukan Komanwel kali ini,” kata Afiq.

 ??  ?? AKSI Shah Firdaus (kiri) ketika
bersaing dengan Glaetzer.
AKSI Shah Firdaus (kiri) ketika bersaing dengan Glaetzer.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia