Harian Metro

Bukan kosong

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Faha Azhar, Harith Azman harap

ada penerbit beri peluang

Industri hiburan tempatan terbuka menerima sesiapa saja asalkan berbakat dan berani. Senario itu menyuntik keyakinan Muhammad Fadhulhadi Zam Azman atau Faha Azhar, 25, dan Mohamad Harith Iman Zam Azman atau Harith Azman, 20, untuk mencuba nasib dalam bidang seni lakon.

Tanpa berselindu­ng, dua beradik itu berharap mana-mana penerbit membuka peluang untuk mereka membuktika­n bakat dan seterusnya mewarnai persada seni.

Faha Azhar dan Harith Azman mempunyai minat mendalam terhadap bidang lakon sejak kecil. Mereka tidak tampil kosong kerana sudah mempunyai persediaan asas lakonan menerusi pembabitan dalam pelbagai aktiviti seni.

Faha Azhar mula menceburi bidang seni sejak berusia sembilan tahun dengan mengikuti aktiviti tarian dan menyertai banyak pertanding­an peringkat sekolah.

“Ketika berusia 12 tahun, barulah saya beralih kepada lakonan apabila terbabit dalam satu pementasan teater sekolah berjudul Si Tanggang.

“Saya juga terpilih sebagai pelakon ekstra drama bersiri popular

Geng Bas Sekolah. Sejak itu saya mula jatuh hati dan pada 2013 saya menyertai Akademi Teater Perak untuk memantapka­n lagi skil lakonan agar lebih berdaya saing,” katanya.

Faha Azhar mengakui berpuas hati kerana selain teater, dia pernah tampil sebagai pelakon tambahan dalam telefilem Sirat Al Mustaqim, Berhantuny­a Raya dan Azam Nak Baik (DFKL) serta berlakon filem Ada Apa Dekat Bus Stop, Zombie Kampung Pisang dan Rock Bro.

“Tidak ketinggala­n saya juga banyak buat iklan komersial antaranya Maybank dan Petronas,” katanya.

Sama seperti abangnya, Harith Azman juga aktif berlakon teater antaranya Batu Belah Batu Bertangkup pada 2015 dan teater Warisan Dabus untuk pertanding­an Peringkat Kebangsaan (2015).

“Saya pernah menang gelaran Pelakon Terbaik peringkat negeri dalam teater drama komsas (2015) dan pernah berlakon filem Ada Apa Dekat Bus Stop.

“Dalam nyanyian, saya pernah menjayakan persembaha­n Tourism Larut British Malaya pada 2017, manakala bidang tarian pula, saya pernah terbabit dalam MAHA Serdang pada

2014 dan persembaha­n dongkong dance di Batam, Indonesia

(2015) serta bergelar penolong koreografe­r sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n peringkat negeri (2016) dan koreografe­r di Langkawi, Kedah pada tahun sama,” katanya.

Mereka menyertai bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) anjuran Media Prima bagi mempelajar­i skil lakonan daripada tenaga pengajar berpengala­man dan berjaya mara sebagai finalis.

“Saya menghadiri uji bakat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, manakala Harith Azman pula menjalani uji bakat di Kemayan City Mall, Johor Bahru.

“Keputusan hanya akan diketahui pertengaha­n bulan ini dan sekiranya diberi peluang, kami akan buat sehabis baik.

“Apapun kami sudah melakukan apa yang perlu dan berharap agar penerbit dan pengarah membuka ruang serta peluang untuk kami berlakon,” kata Faha Azhar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia