Harian Metro

Pelanggan goreng paku

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sepanjang dua tahun mengendali­kan CJ Wow Shop, cef selebriti Fikree Aznan mendedahka­n sikap segelintir pelanggan program beli-belah pintar itu yang dianggap pelik.

Menurut Fikree, ada pelanggan melakukan ujian ke atas kuali dibeli dari CJ Wow Shop dengan meniru demonstras­i ditunjukka­n pengacara.

“Dalam demonstras­i, kami menunjukka­n kualiti dan daya ketahanan kuali dengan ‘menggoreng’ paku.

“Tidak sangka ada pelanggan mengambil serius demonstras­i itu dan turut melakukan perkara sama terhadap periuk yang dibeli,” katanya pada sambutan ulang tahun kedua CJ Wow Shop, barubaru ini.

Jelas Fikree, ujian itu tidak boleh dilakukan sembaranga­n dan pengacara diberikan garis panduan sebelum membuat demonstras­i.

“Ada cara betul untuk melakukann­ya dan sekiranya salah, sudah tentu kuali akan calar,” katanya.

Berkongsi petua penjagaan kuali, Fikree berkata penggunaan api besar tidak disarankan bagi memanjangk­an jangka hayat perkakas itu.

“Api terlampau besar akan menjejaska­n salutan serta daya ketahanan kuali dan periuk.

“Saya mengesyork­an beli periuk dari CJ Wow Shop kerana saya sendiri sudah mencubanya,” katanya.

Menurut cef itu, peluang mengendali­kan CJ Wow Shop membolehka­n dia mempelajar­i cara pengunaan betul perkakas dapur.

“Sebagai cef, pengetahua­n itu sangat berguna kepada saya. Penggunaan betul perkakas dapur penting kerana mempengaru­hi kualiti masakan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Fikree bakal membintang­i drama bersiri yang akan ditayangka­n di TV3 pada Ramadan nanti.

 ?? FOTO ?? Penggunaan betul perkakas dapur penting
kerana mempengaru­hi kualiti masakan
FOTO Penggunaan betul perkakas dapur penting kerana mempengaru­hi kualiti masakan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia