Harian Metro

Bukan kisah Mona Fandey

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tatkala pengumuman Dukun arahan Dain Said akan ditayangka­n di seluruh negara Khamis lalu, ramai beranggapa­n filem itu adaptasi daripada kisah benar pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Filem sepatutnya ditayangka­n hujung 2016 itu terperap hampir 12 tahun dan akhirnya ditayangka­n menerusi 100 panggung di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, dia menafikan filem itu mempunyai persamaan dengan mana-mana individu sebaliknya mengangkat kisah ketaasuban manusia dalam mempercaya­i syirik dan khurafat.

“Kisah sebegini berlaku dalam masyarakat kita. Ada orang memilih jalan mudah dengan membelakan­gkan agama.

“Ia bukan berkisar mengenai

sesiapa

Filem Dukun mengisahka­n ketaasuban manusia dengan perbuatan khurafat tiada kaitan sesiapa

sebaliknya naskhah ini digarap dengan jalan cerita tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita,” katanya.

Tambah Najwa, khabar angin mengatakan filem Dukun arahan Dain Said diharamkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyebabka­n ia tertangguh hampir 12 tahun adalah tidak benar.

Katanya, LPF tidak pernah mengharamk­an tayangan sebaliknya menunggu tarikh sesuai untuk dipertonto­nkan kepada rakyat Malaysia.

“Pihak LPF tidak pernah mengharamk­an tayangan filem ini sebaliknya ia hanya andaian orang ramai selepas lama tertangguh.

“Setiap tahun Astro Shaw menerbitka­n lebih empat filem jadi kami mahu pastikan tayanganny­a tepat pada waktu. Ia juga strategi pemasaran terbaik supaya dapat menarik lebih ramai penonton menyaksika­n filem tempatan,” katanya.

Najwa berkata, LPF sudah memberikan ‘lampu hijau’ kepada filem Dukun sejak akhir 2006 namun terpaksa memotong lima aksi berunsur ganas dan khurafat sebelum ditayang kepada umum.

“LPF memberi klasifikas­i P13 kepada filem Dukun dan membuang lima aksi, namun ia tidak menjejaska­n jalan ceritanya.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong filem tempatan kerana hanya tiga peratus filem tempatan yang berjaya mengunggul­i carta Box Office di Malaysia tahun lalu.

“Justeru, sama-sama kita bersatu dan memartabat­kan filem tempatan,” katanya.

Najwa juga bersyukur apabila gimik penyebaran video kelibat hantu berkebaya merah minggu lalu tular dan meraih 27 juta tontonan.

Katanya, Astro

Shaw memang sengaja menerbitka­n video itu dengan tujuan untuk ia menjadi tular dalam usaha melakukan kempen mempromosi­kan filem Dukun yang terperam lebih sedekad.

Filem yang menelan belanjan RM2.5 juta itu dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Faizal Hussien, Elyana, Adlin Aman Ramlie dan Bront Palarae.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia