Harian Metro

‘Doktor’ berkebaya merah

-

Assalamual­aikum dan salam hujung minggu.

Apa khabar? Adik harap semua berada dalam keadaan sihat. Sejak kebelakang­an ini, boleh dikatakan setiap petang Kuala Lumpur hujan lebat.

Jika ada yang sudah mula nak selesema atau rasa panas nak demam, cepatlah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, kan?

Bercakap mengenai doktor, Adik terpanggil untuk menulis mengenai ‘doktor’ yang merawat pesakit, berkebaya merah yang hangat diperkatak­an ramai orang sejak awal minggu.

Siapa lagi kalau bukan Diana Dahlan, watak utama filem Dukun.

Bukan apa, Adik juga seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang teruja apabila mendapat tahu filem lakonan

Datin Seri Umie Aida itu akhirnya ditayangka­n selepas hampir 12 tahun diperam.

Sejujurnya, selain jalan ceritanya yang Adik rasa sangat menarik, Adik juga terpanggil untuk menonton Dukun kerana teraju utamanya, Kak Umie yang Adik rasa sangat berbakat.

Menonton sedutannya sahaja Adik sudah dapat bayangkan bagaimana Kak Umie menjiwai watak Diana yang dipertangg­ungjawabka­n kepadanya menerusi Dukun.

Mimik muka, gerak badan dan lontaran dialog cukup mengesanka­n jiwa.

Secara tidak langsung, lakonan Kak Umie memberi inspirasi buat Adik untuk terus belajar dan bersedia jika diberi peluang membawakan watak seberat itu.

Satu perkara mengenai Kak Umie yang Adik sangat hormati ialah keupayaann­ya untuk berubah mengikut watak yang dijayakan.

Ingat lagi kesungguha­nnya berlakon dalam filem Embun? Sampai bengkak jugalah Adik menangis menonton lakonannya.

Kemudian Kak

Umie tampil pula dengan filem Diva yang memerlukan­nya mencuit hati penonton menerusi watak komedi, Erna Teteye Tuminah Joko. Punyalah lawak dia membawakan watak itu. Memang Adik kagum dengan bakatnya.

Terbaru, untuk watak Diana, Adik terbaca yang Kak Umie tinggal bersama seekor ular untuk tempoh dua bulan semata-mata menjiwai watak Diana itu.

Wah, ini memang dahsyat! Sungguh tinggi komitmen Kak Umie berikan untuk menjayakan watak dalam filem.

Selain Kak Umie, pelakon gred A lain yang menjayakan Dukun juga membuatkan Adik mahu menonton filem ini.

Faizal Hussein, Hasnul Rahmat dan Bront Palarae antara pelakon hebat yang Adik rasa samasama menghidupk­an filem arahan Dain Said ini.

Pada masa sama, Adik memuji pihak penerbit, Astro Shaw yang berjaya memasarkan filem ini dengan cara tersendiri.

Walaupun sebahagian daripada Dukun bocor di Internet awal tahun lalu, namun cara Astro Shaw mengiklank­an Dukun sangat geliga!

Tanpa sebarang sidang media atau hebahan awal, tiba-tiba sudah naik poster Dukun di papan iklan gergasi di beberapa lebuh raya.

Walaupun melakukan teknik pemasaran secara senyap, namun ia berjaya membuat khalayak untuk pergi ke panggung menonton filem terbitan mereka.

Adik rasa, kita harus belajar daripada mereka mengenai teknik pemasaran filem atau sebarang produk seni yang lebih segar dan lain daripada lain.

Teknik ini mengingatk­an Adik kepada penyanyi Beyonce yang memasarkan albumnya yang berjudul sama secara mengejut pada 2013.

Hasilnya, ‘kejutan’ Beyonce itu menyebabka­n album itu laris dan terjual lebih 600,000 unit dalam masa tiga hari sahaja. Hebat bukan? Kadangkada­ng kita perlu berikan kejutan untuk mendapat kejutan.

Adik percaya, filem Dukun mampu memberi pulangan lumayan terhadap pembikinny­a.

Walaupun ada yang mengaitkan filem ini dengan beberapa kontrovers­i, tetapi Adik yakin ia tidak akan menghalang penonton untuk menilai sendiri kualiti yang ada di sebalik naskhah ini.

Oh, sebelum terlupa, Anugerah MeleTOP Era bakal berlangsun­g malam ini. Doakan kejayaan Adik ya! Masih boleh undi kalau minat adik. Hehe! Terima kasih.

Muahciked! #KebayaMera­h

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia