Harian Metro

Buka gerai Ramadan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Barisan artis meriahkan FRP2018 bermula 17 Mei

Menjelang Ramadan, tentunya pelbagai aktiviti jualan dijalankan. Bukan saja untuk mengisi keperluan sepanjang bulan mulia itu tetapi juga sebagai persediaan sambut Aidilfitri.

Bermula 17Mei,akan berlangsun­g sesi jualan barangan sempena Aidilfitri di Festival Ramadan Putrajaya 2018 (FRP2018), bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Bukan sekadar acara jualan biasa, FRP2018 menyajikan kelainan menerusi pelbagai aktiviti menarik. Menyasarka­n kehadiran pengunjung dari kawasan sekitar seperti Bangi dan Kajang selain Putrajaya, FRP2018 diserikan dengan gerai jualan selebriti popular tanah air.

Antara artis yang terbabit membuka gerai jualan adalah Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah dan ramai lagi.

Antara aktiviti yang akan berlangsun­g adalah tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama bersama penceramah jemputan.

Selain itu, pada setiap hujung minggu sepanjang sebulan FRP2018 berlangsun­g, dirancang majlis berbuka puasa bersama anak yatim daripada rumah anak yatim yang dipilih.

Selain aktiviti berkaitan kerohanian, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembaha­n ‘busking’ oleh beberapa artis terkenal.

Bagi golongan Hawa, FRP2018 semestinya dinantikan memandangk­an gerai khas dibuka untuk hijabista di samping barangan lain seperti pakaian Muslimin, alat solek, perhiasan rumah dan banyak lagi.

Satu lagi tarikan adalah acara cabutan bertuah yang boleh disertai pengunjung dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu kereta dan motosikal.

FRP2018 pada tahun ini diharap tidak saja menjadi tempat pengunjung beriadah dan membelibel­ah, juga untuk membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda.

 ??  ??
 ??  ?? ELLA
ELLA
 ??  ?? SITI Sarah
SITI Sarah
 ??  ?? KAKA Azraff
KAKA Azraff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia