Harian Metro

Fazley kongsi rutin keluarga

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Dahulu penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob enggan mendedahka­n keluarga terutama anak-anak di kaca TV atas faktor tertentu.

Kini, pendirian Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 40, berubah apabila mengizinka­n tiga anak lelakinya, Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),

8, dan Ahmad Firudz

Shah (Piyush), 7, terbabit dalam program realiti Oh My Family! yang bakal ditayangka­n di Astro Ria serta Astro Ceria bermula 11 April ini.

Fazley berkata, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa baru sekarang bersetuju untuk berkongsi kehidupan peribadi dan rutin anak di kaca TV.

“Alasan saya mudah iaitu anak-anak sudah besar dan mereka boleh nilai perkara boleh dibuat dan tidak.

“Apabila masing-masing faham arahan, baru saya benarkan dan terbuka untuk benarkan mereka terbabit dalam program realiti.

“Lagi satu, pada usia anak sekarang kerisauan terhadap mereka terbabit dalam program sebegini kurang.

“Apatah lagi sepanjang penggambar­an ada pengawasan rapi oleh pasukan penerbitan membabitka­n keselamata­n.

“Sedar atau tidak, perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Pendek kata ia tidak boleh dikawal lagi. Bukan saja saya, malah orang lain pun risau keselamata­n anak jika terlalu didedahkan di televisyen sejak kecil,” katanya.

Berkongsi mengenai cara Fazley mendidik tiga anaknya, penyanyi lagu Asmara itu mengakui dia dan isteri, Azrene Ahmad ada merotan anak.

Bagaimanap­un, Fazley masih menerapkan eleman kasih sayang selepas merotan anak agar tidak timbul dendam di hati mereka.

“Kalau nak tahu saya rotan betul jika mereka ada buat salah. Selalunya saya gunakan penggantun­g baju plastik dan tali pinggang kecil.

“Saya pukul di tapak tangan atau punggung. Malah, ada ketika saya juga tinggikan suara.

“Namun, dua minit selepas itu saya akan peluk dan cium mereka. Saya takkan biar perkara ini lama. Saya tidak mahu anak simpan perasaan marah dan dendam.

“Kebiasaann­ya, kalau saya marah dan rotan anak, isteri akan pujuk mereka. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

TIGA ANAK MAHU JADI CEF

Sama macam anak orang lain, Fazley juga tidak menyekat minat anak terhadap dunia gajet. Namun, perkara itu dikawal terutama pada hari persekolah­an.

Fazley berkata, dia lebih mendisipli­nkan anak dengan banyakkan membaca buku dan aktiviti harian lain seperti melukis.

“Penggunaan iPad pada hari cuti sekolah saja tetapi mereka tidak boleh bermain permainan video. Kalau menonton kartun okey.

“Pada hari biasa pula, saya ajak mereka menonton program masakan. Selain itu, saya biasakan mereka dengan aktiviti yang jarang orang buat seperti melukis dan mencanting batik.

“Alhamdulil­lah, cara sebegini lebih praktikal dan anak pun suka.

Kalau tidak mulakan, mana mungkin kita tahu keberkesan­annya.

“Saya mahu anak sedar apa yang saya dan isteri buat bagi kebaikan dan masa depan mereka,” katanya.

Menariknya, menurut Fazley tiga anaknya bercita-cita menjadi cef sepertinya.

Malah, Fazley memasang impian untuk membuka tiga lagi cawangan restoran untuk setiap anaknya.

“Anak tahu saya tukang masak. Malah mereka juga berkeboleh­an menyediaka­n beberapa menu seperti pasta oglio dan buat kek. Saya bagi pendedahan kepada mereka masakan yang rigkas saja.

“Selagi mereka belum stabil pegang pisau sebenar, saya bagi pisau mentega dahulu.

“Walaupun ia ambil masa, saya tetap ajar mereka dengan cara buat giliran. Saya tidak ajar mereka serentak. Sebabnya nanti mereka berebut. Jadi, cara paling mudah setiap anak diajar cara memasak masakan berbeza.

“Alhamdulil­lah, anak pasang impian untuk jadi seperti saya. Cuma, saya pesan sekurang-kurangnya mereka kena ada ijazah dalam bidang lain terlebih dahulu. Dunia kulinari jatuh nombor dua,” katanya yang turut menggalakk­an anak bermain muzik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia