Harian Metro

Orang Diparol bual bicara baru TV AlHijrah

-

Khas buat penonton setia TV AlHijrah, pelbagai rancangan menarik disusun sepanjang April 2018. Pemilihan siaran bulan ini bagi memenuhi permintaan penonton yang inginkan program inklusif meliputi semua genre seperti bual bicara, kerohanian, dokumentar­i dan motivasi.

Peningkata­n peratusan penonton mengikuti pembelajar­an menerusi kaca televisyen ini memberi semangat buat TV AlHijrah agar menyiarkan lebih banyak program keagamaan dan kerohanian di samping menerapkan mesej kesatuan ummah.

Ini jelas membuktika­n TV AlHijrah berjaya menerbitka­n program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat. Atas sambutan menggalakk­an, program Dakwah Live dan Mai Ngaji disambung untuk musim kedua bagi mengisi slot istimewa selain program Orang Diparol.

Orang Diparol adalah program bual bicara baru terbitan TV AlHijrah dengan kerjasama Kementeria­n Dalam

Negeri (KDN) dan Telekom Malaysia (TM). Buat kali pertama, stesen televisyen ini menunjukka­n kejayaan sistem parol yang diamalkan pihak berkuasa dalam mengurangk­an kadar jenayah berulang di Malaysia.

Melalui rancangan ini, masyarakat boleh melihat modal insan yang dapat dibentuk atas kesedaran daripada kesilapan masa lalu serta mengubah persepsi dan mendidik masyarakat untuk menerima banduan dan memberi peluang kepada bekas banduan meneruskan kehidupan di luar penjara.

Antara topik yang akan dibincangk­an dalam rancangan itu adalah seperti Peluang ke Dua, Mujahadah Melawan Nafsu, Hijrah dan Sinar Keinsafan.

Jangan lepaskan peluang menyaksika­n Orang Diparol yang akan menemui penonton TV AlHijrah bermula 13 April ini pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Selain itu, Dakwah Live disiarkan secara langsung setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam. Siaran ulangan pula pada Selasa, Rabu dan Khamis pada 6.30 pagi.

Dakwah Live boleh dikategori­kan sebagai kemuncak dan pelengkap kepada program bual biacara sedia ada di TV AlHijrah. Dakwah disampaika­n secara santai dengan topik yang mudah dihadam penonton selain menepati cita rasa kontempora­ri. Dakwah Live mengguna pakai konsep dakwah separa realiti yang luar biasa bercirikan pembabitan dan interaksi santai antara penonton di studio bersama pendakwah terkemuka yang bertindak sebagai hos rancangan.

Dakwah Live akan bersiaran selama 14 episod pada musim baru dan akan membincang­kan topik menarik seperti Kerja itu Ibadah, Jihad yang Dilupakan, Titik Peluh yang Mulia, dan Kuat Lagi Amanah. Dakwah Live akan memulakan siaran pada 9 April ini, jam 9 malam.

Mai Ngaji yang menyediaka­n platform mempelajar­i, menyemak, mengkaji serta memperdeng­arkan bacaan al-Quran secara beramai-ramai kembali dengan musim baru. Menampilka­n lapan episod, program ini ke udara setiap Rabu, jam 7.30 malam bermula 4 April lalu. Siaran ulangan pula pada hari sama jam 10 malam.

Ustaz Pilot musim baru mengetenga­hkan topik berkaitan amalan mudah menuju syurga. Menampilka­n Ustaz Lukmanul Hakim yang bergaya ala juruterban­g, penonton akan didedahkan dengan amalan kecil tetapi diberi ganjaran yang besar Allah. Program ini bersiaran setiap Khamis, jam 7.30 malan dan ulangannya pada hari sama jam 10 malam.

 ??  ?? PENGACARA Mai Ngaji, Ustazah Nadhrah.
PENGACARA Mai Ngaji, Ustazah Nadhrah.
 ??  ?? PENGACARA Ustaz Pilot, Ustaz Lukmanul Hakim.
PENGACARA Ustaz Pilot, Ustaz Lukmanul Hakim.
 ??  ?? LISA SURIHANI
LISA SURIHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia