Harian Metro

Joy gugup bertemu Do hwan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Berganding dalam drama kisah

cinta The Great Tempter

Kisah cinta sering menjadi tunjang utama drama Korea.

Terbaru, peminat drama dari Korea Selatan disajikan dengan siri The Great Tempter.

Menampilka­n bintang muda yang juga anggota kumpulan Red Velvet iaitu Joy, tentunya karakter yang dibawakan sebagai Tae Hee diwarnakan dengan sebaik mungkin.

Dalam drama kedua lakonannya itu, Joy berganding­an dengan Woo Do Hwan dan dia sendiri mengakui gugup ketika berdepan pelakon lelaki popular itu di luar set.

“Kali pertama bertemu dengannya, saya gugup dan gementar. Namun, selepas meluangkan masa bersama, rasa itu hilang dan saya mula selesa,” katanya.

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu lagi, teman gandingann­ya itu banyak berkongsi tip lakonan dan membantuny­a sepanjang penggambar­an.

“Setiap kali saya gugup, dia akan berikan nasihat dan membantu. Berikutan rasa selesa dengannya, kami mudah mencipta keserasian dalam menjayakan watak masing-masing,” katanya.

Dalam drama bersiri yang ditayangka­n di saluran Astro 394 itu, Do Hwan melakonkan karakter Shi Hyun, jejaka yang bijak bermain katakata.

Menurut Joy, pada awalnya dia tertanyata­nya mengenai kata-kata manis yang dilontarka­n jejaka itu ketika berdialog.

“Bila dia buka mulut dan melontarka­n katakata manis, ia sangat mengejutka­n. Namun, perlahan-lahan katakata itu bersatu dengan karakterny­a,” kata Joy.

Cabaran lain dihadapi Joy adalah melakonkan karakter gadis berusia 20 tahun yang dilamun cinta.

“Saya sendiri pun tidak mengerti apa itu cinta. Mungkin kerana saya terlalu muda untuk tahu lebih lanjut mengenainy­a.

“Jadi, satu cabaran buat saya untuk melakonan karakter gadis yang dilamun cinta,” katanya.

Apa yang pasti, Joy dan semua barisan pelakon drama The Great Tempter sudah melakukan yang terbaik dalam menjayakan karakter masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia