Harian Metro

Sokong program padam lampu

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Komuniti Shah Alam berkayuh malam sahut seruan Program 60+ ‘Earth Hour’

Penyertaan lebih 500 orang dalam acara berbasikal kayuhan malam sempena Program 60+ ‘Earth Hour’ Shah Alam 2018 anjuran Majlis Bandaraya Shah

Alam (MBSA) pada 24 Mac lalu, adalah bukti sokongan padu masyarakat terhadap program padam lampu yang diperkenal­kan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) sejak 2007 bagi meningkatk­an kesedaran mengenai perubahan iklim.

Dalam acara berbasikal itu, peserta berkayuh santai sejauh 10 kilometer (km) mengelilin­gi pusat bandar raya Shah Alam dengan melalui Seksyen 2, Seksyen 6, Seksyen 7 dan Seksyen 14. Acara pelepasan disempurna­kan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dataran Kemerdekaa­n, Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, berbasikal adalah aktiviti yang popular dan menjadi trend di Shah Alam, malah kayuhan malam itu juga kegiatan riadah yang dapat melahirkan masyarakat sihat dan cergas.

“Program ini adalah komitmen berterusan pihak MBSA untuk mendidik masyarakat khususnya komuniti Shah Alam supaya dapat bersamasam­a mengamalka­n sikap bertanggun­gjawab dalam memulihara keseimbang­an alam sekitar dan menyokong usaha untuk menyelamat­kan bumi.

“Malah, ia juga kempen yang dilaksanak­an secara menyeluruh bagi memberikan kesedaran mengenai isu pemanasan global yang semakin meruncing.

“MBSA berharap program ini memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti Shah Alam khususnya dan menggalakk­an orang ramai untuk bersama-sama menjadikan Shah Alam sebagai Bandar Raya Rendah Karbon menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, peserta kayuhan, Zainal Md Wan,

43, berkata, acara berkenaan adalah kayuhan waktu malam pertama disertainy­a sejak mula aktif dalam kegiatan berbasikal tiga tahun lalu.

“Biasanya saya menyertai acara berbasikal yang dijalankan pada awal pagi, manakala aktiviti berbasikal kayuhan sendiri untuk beriadah pula dilakukan pada sebelah petang selepas waktu kerja.

“Baru kali ini saya dapat peluang untuk berkayuh malam selepas mendapat maklumat program ini menerusi hebahan dalam laman sosial MBSA. Ini adalah pengalaman baru bagi saya dan banyak perkara baru dapat dipelajari terutama teknik untuk berbasikal malam, selain dapat menambah kenalan baru,” katanya.

Seorang lagi peserta, Suhairi Abdul Aziz, 37, berkata, sebagai orang baru dalam kegiatan berbasikal, beliau banyak bergantung pada program kayuhan anjuran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai platform untuk mengutip pengalaman sebelum menyertai acara yang lebih serius.

“Saya sokong usaha dilakukan MBSA yang kerap mengadakan acara berbasikal bagi menggalakk­an masyarakat melakukan kegiatan yang sihat. Banyak maklumat mengenai penganjura­n program untuk masyarakat diperoleh dalam laman sosial pihak majlis.

“Sebagai orang baru dalam aktiviti ini, saya perlu lebih kerap menyertai kayuhan santai untuk mengutip pengalaman, di samping menjalin silaturahi­m dengan mereka yang sudah lama dalam bidang ini sebelum terbabit dalam kejohanan lasak, “katanya yang baru sebulan berjinak-jinak dalam sukan berbasikal.

Acara sampingan yang turut diadakan sepanjang program berlangsun­g adalah pertanding­an mewarna yang menarik penyertaan 200 kanakkanak. Selain itu, diadakan juga Pameran Inisiatif Hijau oleh MBSA, WWF Malaysia dan komuniti perumahan penduduk.

 ??  ?? PESERTA bersemanga­t memulakan kayuhan malam.
PESERTA bersemanga­t memulakan kayuhan malam.
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA kayuhan melintasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
PESERTA kayuhan melintasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
 ??  ?? PERASMIAN Program 60+ ‘Earth Hour’ Shah Alam 2018 disempurna­kan Ahmad Zaharin (tiga dari kanan).
PERASMIAN Program 60+ ‘Earth Hour’ Shah Alam 2018 disempurna­kan Ahmad Zaharin (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia