Harian Metro

Kagum Malaysia aman

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dengan pemandanga­n indah dan rakyat peramah, Hani terasa di syurga

Berasal dari negara yang kacau-bilau dan dilanda peperangan membuatkan pemuda Yaman, Hani Mohammed, 31, sangat menghargai keamanan.

Dia menganggap Malaysia ibarat syurga kerana negara ini memiliki lokasi dengan pemandanga­n yang mengagumka­n, kepelbagai­an budaya dan rakyat yang peramah.

Namun, kenangan tidak dapat dilupakan Hani apabila beliau dapat mendirikan solat Jumaat berhampira­n Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan berpeluang berjabat tangan dengan baginda selepas solat. Hani amat berbesar hati dapat bertemu baginda dan peristiwa itu menunjukka­n sifat peramah rakyat Malaysia digambarka­n tanpa mengira darjat.

1. Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Kali pertama saya datang ke negara ini pada 2005 untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana muda di sebuah universiti di Melaka.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Saya mendapat banyak maklumat mengenai negara ini menerusi bapa saudara yang tiba lebih awal pada 1998 untuk menyambung ijazah sarjana. Bapa saudara menceritak­an bahawa Malaysia adalah tempat yang amat menyenangk­an dan beliau menyanjung­i negara ini.

Pengalaman­nya mendorong saya untuk menyambung pengajian di sini. Selepas menetap di Malaysia, saya sedar negara ini luar biasa, ibarat syurga dengan pemandanga­n cantik, rakyat yang baik hati dan cuaca baik sepanjang tahun.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Saya tidak berdepan banyak kesukaran kerana orang Malaysia peramah dan baik hati. Rata-ratanya fasih berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris walaupun pada usia muda.

Apa yang saya kesalkan adalah kebanyakan orang Malaysia tidak mempedulik­an bahasa kebangsaan mereka sendiri. Saya terlalu ingin belajar bahasa Melayu tetapi sukar menemui institusi pengajian yang menawarkan kelas bahasa ini. Saya boleh mempelajar­i mengenai negara ini jika dapat menguasai bahasa Melayu.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Terlalu banyak pengalaman yang mengujakan saya tempuhi di sini terutama ketika bercuti bersama rakan seperti berenang ditemani penyu di Pulau Redang, menaiki kereta kabel di Genting Highlands, bercuti dalam kapal persiaran dari Klang ke Thailand dan Singapura serta menyusuri sungai di Langkawi.

5. Destinasi kegemaran anda?

Saya akan mengunjung­i destinasi kegemaran mengikut mood. Contohnya, saya akan mengunjung­i Taman Suria KLCC jika berasa susah hati untuk melihat kolam air pancut yang menghiburk­an. Jika tertekan pula saya akan ke Bukit Ampang untuk menikmati pemandanga­n ibu kota Kuala Lumpur.

Namun, lokasi percutian kegemaran saya adalah Melaka, Pulau Pinang, Langkawi dan Pulau Redang yang mempunyai pemandanga­n indah.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Roti canai, nasi goreng, chicken chop dan durian.

7. Malaysia pada mata anda?

Malaysia adalah negara yang hebat dengan persekitar­an indah dan pendudukny­a peramah. Saya sangat gembira berada di sini dan jujurnya, ibarat berada di kampung halaman. Saya sudah mengunjung­i banyak negara tetapi perasaanny­a tidak sama seperti berada di Malaysia. Jika berada di negara lain, saya selalu segera ingin pulang tetapi tidak jika berada di negara ini.

 ??  ?? HANI ketika bercuti di Langkawi.
HANI ketika bercuti di Langkawi.
 ??  ?? HANI bersama rakan mengunjung­i Putrajaya.
HANI bersama rakan mengunjung­i Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia