Harian Metro

Cuba dulu sup ‘ceker’

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Selain sup kaki ayam Sha Cafe turut saji soto, laksa, bergedel tauhu serta makanan Korea

Kaki ayam adalah bahagian yang sering dipinggirk­an dan dibuang berikutan tiada isi yang banyak melainkan kulit dan sedikit lemak.

Namun demikian, budaya makanan di beberapa negeri di Malaysia menjadikan kaki ayam sebagai satu juadah istimewa.

Malah, kaki ayam enak dimasak sup, gulai mahupun digoreng bersama bahan perapan kunyit dan garam mempunyai kelompok penggemar tersendiri.

Jika di Thailand hidangan kaki ayam sangat popular sebagai kerabu sehingga menjadi buruan pelancong asing, manakala di China, Taiwan, Hong Kong dan Korea, kaki ayam sering menjadi bahan tambahan dalam menu sup kerana mereka percaya ia mengandung­i kolagen yang baik untuk mencantikk­an kulit selain petua awet muda.

Sup kaki ayam juga adalah juadah popular bagi masyarakat Jawa di Johor dan ia lebih kenali sebagai sup ‘ceker’.

Biasanya, sup kaki ayam ini dihidangka­n kepada kumpulan ‘rewang’ ketika membuat persiapan kenduri di kampung dan menjadi bertambah enak jika dimakan bersama sambal kicap yang pedas serta roti.

Bagi memudahkan warga kota khususnya penggemar sup kaki ayam menikmati juadah ini, Sha Cafe yang diusahakan Aishah Atan di Ampang, Selangor, menjadikan ia sebahagian daripada menu wajib cuba di premis yang baru dibuka pada pertengaha­n Mac lalu.

“Tulang kaki yang rapuh apabila direbus dan kulitnya yang kenyal membuatkan sup kaki ayam menjadi kegilaan segelintir orang. “Bagaimanap­un, sup kaki ayam tidak banyak dijual di restoran atau kedai makan lain dan lazimnya disediakan jika ada permintaan.

“Namun, sebagai penggemar sup kaki ayam saya berusaha menyediaka­nnya setiap hari. Walaupun ada yang tidak dapat menerima juadah ini kerana menganggap kaki ayam bahagian kotor, saya sarankan mereka cuba dahulu,” katanya.

Menurutnya, selain sup kaki ayam kafe itu turut menyediaka­n soto, laksa, bihun sup, pelbagai jenis cucur, lempeng kelapa, kepak ayam goreng berempah, bergedel tauhu dan beberapa makanan Korea.

“Kafe saya lebih menumpukan makanan yang ringan-ringan kerana menyasarka­n golongan yang ingin bersantai minum petang atau mereka yang tidak mahu mengambil makanan berat.

“Dalam suasana premis yang dihias dengan konsep mood romantik, saya yakin pelanggan akan berasa selesa dan tenang ketika menikmati juadah.

“Mereka boleh datang bersendiri­an atau bersama keluarga serta rakan. Malah, sesuai juga untuk mereka yang memerlukan lokasi untuk perbincang­an,” katanya.

 ??  ?? SUASANA ruang makan yang santai dengan mood romantik.
SUASANA ruang makan yang santai dengan mood romantik.
 ??  ?? AISHAH bersama seleksi hidangan petang di kafe
miliknya.
AISHAH bersama seleksi hidangan petang di kafe miliknya.
 ??  ?? MAKANAN ringan seperti cucur, kepak
ayam berempah, bergedel tauhu dan
lempeng kelapa.
MAKANAN ringan seperti cucur, kepak ayam berempah, bergedel tauhu dan lempeng kelapa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia