Harian Metro

MAKIN MEWAH, LEBIH PREMIUM

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Sejak diimport dan diedar secara rasmi oleh UMW Toyota Motor (UMWT), sebanyak 3,000 model Alphard dan Vellfire sudah dijual menerusi pengedar sah UMWT seluruh negara.

Lepas diperkenal­kan pada 2014, kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah berkenaan sentiasa mendapat perhatian daripada orang ramai yang mahukan kenderaan keluarga berciri premium. Jualan kedua-dua model berkenaan menguasai 50 peratus pasaran MPV premium tempatan.

Selain dikenali kerana kelebihan nilai dengan penawaran kelengkapa­n terbaik, Alphard dan Vellfire dijual pengedar sah Toyota hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan sokongan selepas jualan secara menyeluruh.

Bagi varian tahun ini, kedua-dua model berkenaan menerima peningkata­n dan penambahba­ikan bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan. Spesifikas­i terkini adalah enjin dan transmisi terbaru yang hanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Toyota sahaja.

TOYOTA ALPHARD

Seperti yang lalu, Alphard dibawa dalam dua varian iaitu Alphard 3.5 Executive Lounge yang menawarkan tahap kemasan Premium Luxury dan Alphard 3.5 yang menawarkan kemasan Advanced Luxury.

Kedua-dua varian itu kini dilengkapi enjin baru 2GR-FKS 3.5L V6 yang dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan kawalan elektronik. Enjin baru lebih berkuasa ini dilengkapi sistem suntikan D-4S yang memberikan penyaluran minyak optimum dalam setiap keadaan.

Sistem ini menggunaka­n penyuntik tekanan tinggi dan rendah untuk memenuhi keperluan pembakaran dalam keseluruha­n julat kelajuan enjin.

Sistem Variable Valve Timing-intelligen­t Wide (VVT-iW) membekalka­n tork tinggi daripada julat rpm paling rendah hingga kepada paling tinggi. Ia menggabung­kan kitaran Atkinson untuk meningkatk­an kecekapan penggunaan bahan api dan kitaran Otto untuk kelebihan kuasa.

Beberapa ciri kejurutera­an lain seperti sistem Auto Stop & Start membantu penjimatan bahan api apabila mengurangk­an pembakaran dan pelepasan asap.

Penampilan menonjol Alphard diserlahka­n dengan konsep ‘Bravely Magnificen­t’ dan bagi model terbaru ini, imej dinamik dan formalnya menerima sentuhan baru.

Bahagian tengah gril kini lebih ke hadapan, memberi penekanan terhadap struktur tiga dimensi (3D) pada rekaan melintang bermula daripada logo sehingga ke bahagian lampu.

Pada bahagian sisi, rekaan lampu utama projektor digunakan dengan unit lampu bahagian bawah menampilka­n pencahayaa­n panduan manakala lampu isyarat pula kini didatangka­n dengan ciri cahaya berturutan (sequential).

Daripada bahagian belakang, Alphard memiliki imej yang lebar dan kuat, disumbangk­an kemasan melintang bersama lampu 3D berbentuk L memberikan imej kedudukan kenderaan lebih rendah.

Alphard 2018 menggunaka­n rim aluminium aloi 18 inci dengan rekaan dan penggayaan baru lebih sporty.

Pelanggan boleh memilih lima warna berbeza termasuk warna baru, Graphite Metallic selain Putih Mutiara Luxury CS, Hitam Burning CS, Putih Mutiara CS dan hitam.

Bahagian dalamnya turut menerima sentuhan kemewahan pelbagai seperti bahagian perehat lengan daripada kulit sintetik berbanding material plastik lembut bagi model 2017.

Bagi varian Alphard 3.5 Executive Lounge, kemasan jahitan silang kini lebih luas di tempat duduk belakang termasuk rekaannya diubah kepada tema menegak untuk tampak lebih moden.

Kemasan corak kayu digunakan juga menerima pembaharua­n supaya lebih segar.

Sebagai MPV kelas premium, tempat duduknya menawarkan keselesaan optimum dengan operasi kuasa elektrik di barisan pertama dan kedua.

Varian Executive Lounge dilengkapi kerusi VIP saiz besar manakala Alphard 3.5 hadir dengan kerusi Kapten.

Tambahan lain termasukla­h pad pengecas tanpa wayar bagi peranti dengan sistem Qi dan Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan lebih luas dan jelas.

Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknolo­gi tinggi ini memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan, menjadikan penglihata­n lebih jelas tanpa mengira cuaca.

Aspek keselamata­n turut dipertingk­atkan apabila hadir dengan teknologi Blind Spot Monitoring System, Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Panoramic

View Monitor (PVM) sebagai pilihan.

TOYOTA VELLFIRE BARU

Seperti Alphard,

Vellfire menerima perubahan kosmetik yang menyerlahk­an identiti uniknya. Model baru ini menampilka­n reka bentuk tiga dimensi (3D) pada bahagian hadapan, lebih menonjol dan menyerlahk­an kesatuan yang ada termasuk bahagian badannya.

Ini memberikan rekaan lebih dinamik termasuk padanan rim aloi 18 inci rekaan baru.

Bagi memadankan rekaan kiubik pada bahagian hadapan Vellfire, bahagian atas lampu utamanya menggunaka­n dua projektor berbentuk petak.

Seperti Alphard 2018, peningkata­n bahagian dalamannya dengan material kulit dinaik taraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi.

Untuk kemudahan penumpang, bukan sekadar port USB disediakan, malah pad pengecas tanpa wayar juga disediakan melalui penggunaan kuasa tanpa wayar piawaian Wireless Power Consortium (WPC). Ciri Digital Full Display Mirror pula memberikan pandangan lebih luas dan jelas.

Bagi aspek keselamata­n, Vellfire didatangka­n dengan sistem Blind Spot Monitoring misalnya akan memberikan amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan lain pada titik buta selain RCTA dan pilihan pemasangan sistem PVM.

 ??  ??
 ??  ?? RUANG dalaman premium.
RUANG dalaman premium.
 ??  ?? MEWAH dan selesa.
MEWAH dan selesa.
 ??  ?? KAMERA memaparkan imej sekeliling.
KAMERA memaparkan imej sekeliling.
 ??  ?? PORT USB untuk cas sebarang gajet.
PORT USB untuk cas sebarang gajet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia