Harian Metro

JUNJUNG SETIA JOHOR

- Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudy@nstp.com.my

Kelab motosikal LBJ berkonvoi dua hari ke tujuh Tugu Mahkota

Aktiviti Jelajah Tujuh Tugu Mahkota Johor dijayakan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Wanita Negeri (LBJ) sempena Hari Keputeraan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini, tidak saja membuka lembaran bersejarah, malah memberi pengalaman baru kepada ahlinya.

Jelajah julung kali pada 17 Mac lalu itu bertujuan membuktika­n kesetiaan ahli LBJ selaku rakyat Johor sempena

Hari Keputeraan Sultan Ibrahim, sekali gus membentuk jati diri Bangsa Johor.

Pengerusi LBJ, Asikin Azmi berkata, jelajah dua hari satu malam itu disertai 23 ahli LBJ bermula di parkir Laman Serene di Johor Bahru sebelum berakhir di Dataran Pontian.

Katanya, pada hari pertama, peserta jelajah singgah dan merakam gambar di Tugu Mahkota Jambatan Kota Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke Dataran Mersing dan Bulatan Jalan Besar Kluang.

Menurutnya, peserta kemudianny­a bermalam di Muar sebelum bergerak ke Kampung Kenangan Dato Onn, Batu Pahat, seterusnya ke destinasi terakhir di Dataran Pontian.

“Setiap lokasi yang disinggahi, kami merakam gambar di bawah Tugu Mahkota Johor sebagai merealisas­ikan tujuan jelajah dan tanda kenangan.

“Selain menzahirka­n kecintaan dan kesetiaan terhadap institusi kesultanan negeri Johor, aktiviti ini menjadi landasan terbaik untuk mengeratka­n silaturahi­m sesama ahli LBJ, di samping berinterak­si dengan masyarakat setempat,” katanya.

Menurut Asikin, LBJ ditubuhkan pada 2014 dan keahlian berdaftar secara rasmi adalah seramai 30 orang terdiri daripada penunggang wanita pelbagai latar belakang.

Katanya, menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai hobi tetapi LBJ juga sering membabitka­n diri dalam menjayakan pelbagai program kemasyarak­atan termasuk bantuan rumah kebajikan anak yatim, orang tua dan asnaf yang diadakan setiap tahun.

“Ahli kelab terdiri daripada wanita berkerjaya seperti kakitangan swasta, awam, bekerja sendiri dan suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankua­sa LBJ, Raslahwati Daeng Talib berkata, Jelajah Tujuh

Tugu Mahkota Johor memberi pengalaman baru kepada peserta kerana diterapkan dengan tunggangan selamat, sekali gus mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Katanya, sepanjang jelajah berlangsun­g, perjalanan peserta diiringi tujuh pengiring (marshal) bertauliah bertujuan menjaga keselamata­n dan kelancaran tunggangan terutama ketika melalui pekan dan bandar.

“Perkara penting yang dititikber­atkan dalam konvoi ialah disiplin kerana ia bukan saja untuk kelancaran perjalanan, malah penting bagi menjaga keselamata­n peserta dan pengguna jalan raya lain.

“Walaupun sebahagian besar peserta mempunyai pengalaman berkonvoi, mereka perlu mematuhi setiap arahan dan teguran diberikan marshal,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Jelajah Tujuh Tugu Mahkota Johor merakam gambar kenangan.
PESERTA Jelajah Tujuh Tugu Mahkota Johor merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PESERTA mengikuti program tiba di destinasi dirancang.
PESERTA mengikuti program tiba di destinasi dirancang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia