Harian Metro

MUDAH DAPAT FAKTA UBAT

-

PUSAT PANGGILAN FARMASI

KEBANGSAAN (NPCC)

NPCC adalah pusat informasi ubat-ubatan peringkat kebangsaan bertujuan meningkatk­an akses dan memudahkan orang awam mendapatka­n maklumat serta pendidikan berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara rasional.

Bagi memudahkan lagi akses orang awam ke perkhidmat­an ini, Program

Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan memperkena­lkan talian bebas tol NPCC, 1800-886722 yang beroperasi pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang tidak termasuk cuti hujung minggu dan kelepasan am.

NPCC ini dikendalik­an oleh ahli farmasi terlatih dengan menggunaka­n pelbagai sumber maklumat terkini. Antara sumber maklumat yang biasa digunakan ialah langganan pangkalan data ubat-ubatan, buku rujukan yang sahih dan informasi daripada laman web agensi kesihatan di dalam dan luar negara.

Berikut adalah antara contoh pertanyaan yang boleh diajukan kepada NPCC:

INDIKASI /FUNGSI TERAPEUTIK

UBAT

Sekiranya orang awam kurang jelas indikasi atau fungsi terapeutik ubat yang diambil oleh diri sendiri, ahli keluarga atau rakan, mereka boleh menghubung­i NPCC untuk mendapatka­n informasi berkaitan.

Hal ini penting bagi mengurangk­an kekeliruan, khususnya dalam kalangan pesakit yang mengambil pelbagai jenis ubat untuk rawatan jangka panjang. Pengetahua­n yang baik berkaitan indikasi ubat yang diambil berupaya meningkatk­an kepatuhan pesakit kepada ubatubatan.

Malahan, kes kesilapan pengubatan juga dapat dielakkan melalui pemahaman pesakit yang baik terhadap ubat-ubatan yang diambil. Selain itu, melalui pertanyaan sebegini, orang awam dididik perbezaan antara nama generik dan nama dagangan (jenama) ubat.

CARA PENGAMBILA­N UBAT

Ubat-ubatan boleh didapati dalam pelbagai bentuk, dos dan cara pengambila­nnya juga berbeza. Orang awam boleh mendapat informasi berkaitan cara pengambila­n ubat, dos ubat dan waktu pengambila­n ubat yang betul berdasarka­n saranan yang sahih daripada

NPCC.

Maklumat ini perlu tepat dan terkini kerana ia penting bagi memastikan kesan terapeutik ubat yang optimum tercapai. Pada masa sama, kemudahan NPCC dapat menjayakan dan menerapkan budaya penggunaan ubat yang rasional dan berkualiti dalam kalangan masyarakat.

KESAN SAMPINGAN UBAT

Ubat-ubatan yang berdaftar umumnya dikenal pasti kesan sampingann­ya. Namun, tidak bermakna setiap individu pasti mengalami kesan sampingan yang dinyatakan apabila mengambil sesuatu ubat.

Orang awam boleh menghubung­i NPCC sekiranya ingin mengetahui sama ada keadaan atau tanda gejala yang dialami adalah disebabkan oleh ubatubatan yang diambil.

Oleh kerana tindak balas individu terhadap ubat berbeza-beza, sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan ringan dalam tempoh awal pengambila­n ubatan. Kesan sampingan ini biasanya beransur pulih selepas beberapa ketika.

Namun, sekiranya kesan sampingan yang dialami adalah serius atau bertambah buruk, orang awam dinasihatk­an supaya mendapat rawatan doktor dengan segera.

INTERAKSI UBAT

Pesakit yang mengambil sebarang ubat-ubatan perlu peka terhadap kemungkina­n interaksi ubat apabila diambil dengan ubatubatan lain, makanan, vitamin, suplemen kesihatan dan sediaan ubat tradisiona­l atau herba. Ada antara interaksi ini boleh merencatka­n kesan ubat lalu melengahka­n proses pemulihan. Ada juga interaksi yang boleh memperting­katkan kesan ubat yang diambil dan meninggika­n risiko kesan sampingan sesuatu ubat serta memudaratk­an kesihatan.

Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak juga harus menghubung­i NPCC untuk menyemak kesesuaian pengambila­n sesuatu ubat atau produk ketika hamil atau menyusukan anak.

PRODUK BERDAFTAR DAN KOSMETIK BERNOTIFIK­ASI

NPCC juga boleh membantu orang awam untuk menyemak status pendaftara­n ubat, suplemen kesihatan, sediaan ubat tradisiona­l dan herba, serta notifikasi produk kosmetik yang ada dalam pasaran di Malaysia.

Produk yang tidak berdaftar tidak dijamin kualiti, keberkesan­an dan keselamata­nnya.

Oleh itu, orang awam perlu berwaspada dengan lambakan produk tidak berdaftar yang membuat tuntutan perubatan, testimoni palsu atau menjanjika­n kesan pantas yang diragui kebenarann­ya.

Justeru, masyarakat harus memanfaatk­an perkhidmat­an NPCC ini sebaik mungkin. Pengguna yang mempunyai informasi akan menggunaka­n ubat dengan betul, selamat dan berkualiti.

NPCC mahu didik pesakit cara pengambila­n betul, selamat agar berkesan

Disediakan oleh Nurkhodrul­nada Muhamad Lattepim, Pegawai Farmasi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan KKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia