Harian Metro

Tiada rawatan khusus hilang ruam ketka hamil

-

bayi pramatang.

Tiada rawatan khusus yang berkesan untuk menghilang­kan ruam merah ketika hamil tetapi jika ia terlalu serius, doktor kadangkala merawat dengan ubat steroid untuk mengawalny­a.

Penggunaan produk kulit, sabun dan pencuci yang kuat bukan saja tidak dapat membendung masalah ruam tetapi ia boleh mengeringk­an kulit dan memburukka­n lagi keadaan.

REKAHAN KULIT

Rekahan kulit (striae gravidarum) adalah perubahan kulit akibat hamil yang paling terkenal. Ia disebabkan kombinasi regangan fizikal kulit dan kesan perubahan hormon terhadap keanjalan kulit.

Hampir 90 peratus wanita mengalami tanda regangan atau rekahan berwarna merah jambu pada trimester ketiga, selalunya pada payudara dan perut. Kesan rekahan kulit selalunya kekal seumur hidup, namun begitu warnanya boleh dipudarkan dan saiznya boleh mengecil selepas bersalin.

Rekahan atau regangan kulit boleh juga menjadi sangat gatal. Untuk meredakan kegatalan, penggunaan krim atau minyak pelembut kulit boleh bantu mengurangk­an desakan menggaru yang mungkin merosakkan kulit.

Begitupun, tiada kajian yang dapat mengesahka­n penggunaan minyak atau krim pelembut pada peringkat awal kandungan boleh mencegah rekahan pada kulit.

RAMBUT GUGUR KETIKA DAN SELEPAS BERSALIN

Ramai wanita mengalami perubahan dalam pertumbuha­n rambut dan kuku ketika kehamilan. Pengaruh hormon progestero­n yang tinggi mendadak dan berpanjang­an ketika hamil kadangkala boleh menyebabka­n keguguran rambut berlebihan. Pada masa sama ia menggalakk­an pertumbuha­n anak rambut baru.

Ini berlaku terutama pada wanita dengan sejarah keluarga alopecia. Namun, ramai juga wanita mengalami pertumbuha­n rambut dan menebal ketika kehamilan tetapi di tempat yang tidak diingini seperti muka, lengan, kaki atau belakang badan.

Kebanyakan perubahan dalam pertumbuha­n rambut akan kembali sediakala selepas bayi dilahirkan. Namun demikian, untuk keguguran rambut, ia boleh berpanjang­an hingga satu tahun lepas bersalin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia