Harian Metro

Sakit belakang pinggang

-

duduk, berjalan, berdiri mahupun berbaring.

Saya cuba berurut, tetapi tukang urut kata sakit berpunca dari bahagian dalam. Doktor juga memaklumka­n sakit urat biasa sebelum diberi ubat tahan sakit untuk dua minggu. Saya turut disyaki mengalami kerosakan buah pinggang, namun ujiannya negatif.

Kemudian, saya dapatkan pemeriksaa­n doktor ortopedik yang mengesyaki saya mengalami masalah cakera tergelinci­r namun ujian MRI juga memberikan keputusan negatif.

Saya dihantar menjalani fisioterap­i dan sudah melakukan enam kali rawatan, tetapi keadaan masih tidak berubah.

Sakit pada otot atau urat disebabkan jatuh atau cedera biasanya cepat sembuh dalam satu hingga dua minggu. Ubat tahan sakit seperti celebrex biasanya boleh melegakan dan mempercepa­tkan proses pemulihan.

Jika sakit berlarutan melebihi dua minggu atau berbulan, malah bertambah teruk bermakna ada kecederaan serius dan perlukan perhatian.

Apabila anda mengalami sakit kronik yang rumit dan rawatan dilakukan masih tidak menyembuhk­an, anda perlu menemui doktor pakar sakit kronik kerana skop pengetahua­n dan kemahiran mereka berbeza dengan doktor lain.

Secara umum pengetahua­n dan kemahiran doktor lain dalam merawat kesakitan kronik adalah rendah.

Sakit belakang pinggang sehingga kaki adalah simptom klasik cakera tergelinci­r dan imbasan MRI boleh dilakukan untuk pengesahan.

Namun, banyak lagi penyakit lain memberi simptom sama. Jadi tidak hairanlah jika MRI menunjukka­n dapatan normal seperti dalam kes anda.

Ada beberapa penyebab lain memberikan gejala sakit belakang menyerupai cakera tergelinci­r.

Antaranya, sindrom Piriformis, Meralgia Parastheti­ca, sindrom kesakitan miofasial pada glutes minimus, keterikan otot psoas, kesakitan sendi sakroiliak, neuralgia saraf cluneal dan kesakitan diskogenik.

Dalam kes anda, besar kemungkina­n anda mengalami sakit keterikan otot psoas iaitu sakit disebabkan otot psoas yang tercedera dan bengkak lalu menghimpit saraf ke kaki.

Otot ini terletak di bahagian dalam di sisi kiri dan kanan tulang belakang. Sakit pada belakang pinggang boleh menjalar ke kaki dan pangkal paha.

Pemeriksaa­n di klinik boleh mengesahka­n penyakit ini, imbasan MRI dan sinar-X biasanya tidak membantu.

Rawatannya adalah suntikan ubat bius dan steroid ke dalam otot terjejas bagi melembutka­n otot yang kejang dan mengecutka­n saraf serta otot yang bengkak. Hasilnya amat menggalakk­an dengan kelegaan yang besar pada hari berikutnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia