Harian Metro

Cegah kanser usus besar

-

Kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser usus besar dikategori­kan sebagai kanser kedua paling lazim dihidapi di Malaysia.

Kanser ini juga satu penyakit yang digelar pembunuh secara senyap. Ramai tidak menyedari bahayanya sehingga simptom muncul.

Kebanyakan pesakit kanser kolorektal tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal menyebabka­n kes dikesan apabila mereka berusia 50 tahun ke atas.

Pakar Bedah Am dan Kolorektal,

Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL),

Datuk Dr Meheshinde­r Singh berkata, dengan perkembang­an teknologi dalam industri penjagaan kesihatan kanser kolorektal boleh dicegah menerusi pemeriksaa­n awal.

“Orang awam kena tahu bila dan bagaimana untuk membuat pemeriksaa­n kanser kolorektal. Bagi lelaki berusia 45 tahun ke atas sangat digalakkan untuk menjalani ujian saringan kanser kolorektal.

“Sehingga kini, kami menawarkan ujian mengesan kehadiran darah dalam najis disebabkan kanser usus besar atau Faecal Occult Blood Test (FOBT) secara percuma yang dapat mengesan tanda awal kanser usus,” katanya pada forum kesihatan kesedaran kanser kolorektal anjuran PHKL, baru-baru ini.

Menurutnya, ujian percuma itu menandakan komitmen pihak hospital mencegah kanser kolorektal.

Katanya, pada masa sama boleh membantera­s kanser itu melalui gaya hidup sihat dengan pelan pemakanan untuk kesihatan kolon yang lebih baik.

“Selain forum kesedaran, pihak hospital turut membincang­kan pilihan pemeriksaa­n kanser kolorektal, pembedahan, rawatan, pemakanan dalam rawatan.

“Selain itu mengenai susulan pembedahan, bengkel penjagaan stoma dan ketidakupa­yaan psikososia­l pesakit yang menggunaka­n beg najis stoma.

“Sesi interaktif bersama kumpulan sokongan pesakit kanser juga diadakan sebagai sokongan emosi terutama kepada pesakit yang baru didiagnosi­s termasuk anggota keluarga atau penjaga mereka yang diajar cara untuk memberikan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHKL, Erica Lam berkata, pihaknya memulakan inisiatif komuniti yang pertama pada 2015 dengan komitmen untuk menambah baik akses orang awam kepada maklumat penjagaan kesihatan berkaitan kanser kolorektal.

“Ini termasuk kepentinga­n melakukan pemeriksaa­n awal.

Inisiatif kesedaran ini juga dilanjutka­n sehingga syarikat korporat sebagai usaha berterusan kami dalam intervensi awal kanser ini,” katanya.

 ??  ?? DR Meheshinde­r Singh bercakap mengenai ujian saringan kanser
kolorektal.
DR Meheshinde­r Singh bercakap mengenai ujian saringan kanser kolorektal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia