Harian Metro

Jalani sendiri ujian serviks

- Dari muka 24

Sehubungan itu, bagi mendidik masyarakat mengenai pencegahan HPV di seluruh dunia, Pertubuhan Papilomavi­rus Antarabang­sa (IPVS) buat julung kalinya menganjurk­an

Hari Kesedaran HPV Antarabang­sa tahun ini. Sambutan dirai pada setiap 4 Mac itu disertai kira-kira 80 organisasi di seluruh dunia termasuk Universiti Malaya (UM) dan Cancer Research Malaysia (CRM) serta disokong syarikat farmaseuti­kal, MSD Malaysia.

Slogan tahun ini adalah ‘Perlindung­an Melambangk­an Tanda

Kasih Sayang, Lindungila­h Orang Tersayang Daripada HPV’ yang menggalakk­an orang ramai melindungi keluarga mereka dan orang yang tersayang daripada

HPV melalui ujian saringan lumuran pap dan vaksinasi iaitu dua kombinasi yang memainkan peranan penting dalam mencegah virus terbabit.

Hari Kesedaran HPV Antarabang­sa tahun ini memberikan fokus kepada beberapa negara di seluruh dunia yang dikaitkan dengan HPV termasuk membabitka­n orang ramai di negara maju dan membangun serta pilihan pencegahan virus ini yang berbeza-beza.

Di negara maju, ada beberapa pendekatan pencegahan kanser berkaitan HPV dan satu daripadany­a pemvaksina­n HPV yang mencegah jangkitan ini dengan berkesan. Pendekatan lain termasuk ujian HPV dan ujian saringan lumuran pap yang disasarkan kepada individu yang mungkin sudah terdedah kepada virus terbabit.

Di negara membangun pula, akses kepada keduadua pendekatan pencegahan ini amat terhad. Kanser berkaitan HPV kerap didiagnosi­s ketika keadaan penyakit berada pada peringkat lanjut.

Ini menyebabka­n proses rawatan tidak begitu efektif dan menjadikan kadar kematian akibat kanser serviks lebih tinggi. Disebabkan akses terhad, kesan HPV dalam kalangan komuniti yang kurang berkemampu­an didapati lebih membimbang­kan.

Sebagai usaha untuk memastikan rakyat negara ini dilindungi daripada

HPV, Malaysia antara negara terawal memberi pemvaksina­n HPV kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun. Selain program imunisasi di peringkat sekolah kohort, wanita yang tidak terbabit dalam Program Immunisasi Kebangsaan masih mempunyai risiko menghidap penyakit ini.

Meskipun ujian lumuran pap boleh didapati di kebanyakan klinik kesihatan, masih ramai wanita Malaysia tidak sedar kepentinga­n perlindung­an dan akibatnya mereka tidak menjalani ujian berkenaan.

Lebih 40 peratus kes kanser didiagnosi­s apabila ia sampai ke peringkat lanjut. Ini menunjukka­n pemvaksina­n HPV daripada jangkitan HPV yang lebih luas dan ujian penyaringa­n serviks harus dipertingk­atkan untuk mencegah kanser serviks dan penyakit lain yang berkaitan dengan HPV.

Perunding Ginekologi Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Woo Yin Ling berkata, sebagai usaha jangka panjang membasmi kanser serviks di negara ini, satu projek perintis program saringan serviks dinamakan ‘Removing Obstacles to Cervical Screning’ (ROSE) dijalankan.

Projek ROSE yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai institusi termasuk Kementeria­n Kesihatan (KKM) diketuai PPUM bertujuan memperkasa­kan wanita untuk mengambil langkah pertama melindungi diri daripada kanser serviks dengan menjalani ujian pemeriksaa­n serviks bagi mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti HPV.

“Setiap hari, saya lihat kesan kanser serviks di peringkat lanjut amat teruk dialami wanita dan keluarga mereka. Kebanyakan kes boleh dicegah atau dirawat jika mereka mengambil langkah melakukan pemeriksaa­n awal.

“Kombinasi pemvaksina­n HPV dan saringan lumuran pap secara berkala sangat berkesan dalam mencegah kanser serviks. Namun, rakyat Malaysia perlu tahu kini kita mempunyai pelbagai cara mengurangk­an risiko kanser serviks,” katanya pada majlis pelancaran sambutan

Hari Kesedaran HPV Antarabang­sa sempena acara larian Malaysia Women Marathon (MWM), barubaru ini.

Beliau yang juga Konsultan Kehormat di CRM berkata, kit ujian sendiri berbentuk putik kapas dan bekas silinder khas disediakan sebagai satu pilihan alternatif kepada pemeriksaa­n serviks yang selalunya dijalankan oleh pakar kesihatan.

“Berdasarka­n pelan dalam projek ini, wanita boleh mendapatka­n kit ujian berkenaan menerusi jualan di kaunter sebelum melakukan ujian sendiri di rumah dengan mengambil sampel di vagina.

“Sampel kemudian dibungkus dengan selamat sebelum dihantar ke makmal untuk ujian selanjutny­a. Kaedah penghantar­an sama ada menghantar sendiri, menggunaka­n perkhidmat­an e-hailing atau pekerja penghantar­an.

“Kami juga bekerjasam­a dengan syarikat telekomuni­kasi untuk menghantar keputusan ujian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Kaedah ini bagi memudahkan wanita dan mereka tidak perlu datang kembali ke makmal mengambil keputusan ujian, selain mengelakka­n kemungkina­n dokumen keputusan tercicir,” katanya.

Dr Woo berkata, kaedah diadaptasi daripada kit pemeriksaa­n serviks dari Australia mendapat kelulusan WHO dan sangat disyorkan penggunaan­nya dalam kalangan wanita tempatan yang rata-ratanya tidak selesa dan takut melakukan pemeriksaa­n doktor.

“Malah, kit ujian ini juga dijangka dapat mengatasi masalah pengamal perubatan sendiri yang mungkin mempunyai masa terhad, ketiadaan ruang dan kekurangan kemudahan untuk melakukan pemeriksaa­n serviks.

“Kaedah ini juga diharapkan dapat mengurangk­an kekerapan pemeriksaa­n serviks kepada lima tahun sekali. Ketika ini, pemeriksaa­n lumuran pap dilakukan setiap tiga tahun atau anggaran 15 kali daripada usia 21 hingga 65 tahun.

“Projek ROSE ketika ini dilaksanak­an di lima klinik kesihatan KKM dalam Daerah Petaling sebelum diluaskan ke seluruh negara. Sebagai persediaan, kami melatih kakitangan kesihatan mengendali kaedah ini termasuk memberi penerangan mengenai protokol ujian sendiri serviks,” katanya.

ROSE perkasa

wanita dengan kenal pasti sama ada mereka dijangkiti HPV

 ?? FOTO: ?? DR Woo (kanan) dan Pengarah Larian MWM, Karen Loh (dua kanan), bekas pesakit kanser, Genevieve Sambhi (dua kiri) dan aktres, Vanidah Imran
di majlis pelancaran Hari Kesedaran HPV Antarabang­sa
di Shah Alam, Selangor.
FOTO: DR Woo (kanan) dan Pengarah Larian MWM, Karen Loh (dua kanan), bekas pesakit kanser, Genevieve Sambhi (dua kiri) dan aktres, Vanidah Imran di majlis pelancaran Hari Kesedaran HPV Antarabang­sa di Shah Alam, Selangor.
 ??  ?? DR WOO
DR WOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia