Harian Metro

Tambahan bina rumah PR1MA

-

Putatan: Tambahan pembinaan rumah menerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) selain sekolah perubatan antarabang­sa antara cadangan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Putatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin berkata, banyak lagi projek pembanguna­n termasuk dalam bidang pendidikan dan pelanconga­n boleh dilaksanak­an di daerah itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Penambahan kawasan perumahan di sekitar Putatan termasuk PR1MA dan PPR dapat mengurangk­an masalah setinggan di daerah ini.

“Selain itu, beberapa program yang boleh dijanjikan kepada rakyat di Putatan, antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, selain pasar tamu dan padang bola berhampira­n laut akan dinaik taraf.

“Pembanguna­n infrastruk­tur dengan membina jalan raya menghubung­kan kawasan berpotensi untuk dijadikan lokasi pelanconga­n akan diperbaiki, seterusnya menjana ekonomi setempat,” katanya selepas majlis Tuai Tanaman Rock Melon Projek Inkubator di Tapak Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Pusat Latihan Pertanian di sini, semalam.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas dan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, aspek pendidikan tidak dilupakan termasuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Petagas dan Putatan berikutan isu kepadatan penduduk.

“Selain itu, kalau boleh kami minta dibina sebuah sekolah perubatan dari luar negara,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, penanaman buah tembikai wangi atau rock melon boleh diperluask­an kepada petani tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia