Harian Metro

USAHA GIGIH ROHANI BERHASIL

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Membina dan merancang masa depan dengan usaha sendiri pada usia muda bukan sesuatu yang mudah, lebihlebih lagi apabila terpaksa berjauhan daripada insan tersayang.

Bagi Rohani Rawi, gadis yang berasal dari Kampung Penipah, Pulau Bruit dalam bahagian Mukah ini, tiada jalan pintas untuk berjaya kerana ia perlu disertakan dengan keazaman tinggi dan kesungguha­n.

Gadis berusia 26 tahun ini juga tidak pernah berasakan kekurangan dalam pencapaian akademik sebagai penghalang, untuk melebarkan lagi perniagaan kuih tradisiona­l diusahakan, sebaliknya dia sedia menempuh pelbagai cabaran sebelum mampu berdikari.

“Selepas bertahun-tahun menimba pengalaman dalam bidang ini, saya memberanik­an diri meluaskan pasaran kuih ke luar daerah hingga ke Sibu dan Kapit.

“Benarlah kata orang di sebalik kepayahan, memang ada hikmahnya. Jika sabar dan terus berusaha pasti berhasil. Bermula dengan menjual kuih secara kecilkecil­an, saya melebarkan rangkaian perniagaan sendiri.

“Saya akui memang sukar. Begitupun, alhamdulil­lah, berkat sokongan padu keluarga, usaha saya tidak sia-sia. Malah apa yang saya peroleh hari ini lebih daripada mencukupi,” katanya.

Ujarnya, proses untuk berdikari dengan melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan orang lain dan memberanik­an diri mencuba benda baru memang mencabar, namun ia adalah pengalaman amat menyeronok­kan.

“Saya tekad mahu mengubah kehidupan selepas tamat sekolah. Meskipun hanya memiliki sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), saya tidak pernah mengalah sebaliknya sentiasa mencari jalan untuk berjaya dalam hidup.

“Ketika di kampung, saya melakukan pelbagai kerja seperti menjual kuih dan ikan kering. Kerana mahu kembangkan potensi diri, saya belajar menghasilk­an produk sendiri berdasarka­n ilmu diperoleh daripada mereka yang lebih mahir,” katanya.

Rohani mengakui, wanita pada zaman ini perlu berdikari dalam kehidupan mereka jika mahu membaiki taraf hidup ke arah yang lebih baik.

Malah, katanya, dia amat gemar melakukan sesuatu yang mencabar untuk membina keyakinan diri bagi menggapai impian.

“Pada saya, wanita masa kini perlu ada kerjaya tidak kira bidang profesiona­l atau hanya sekadar berniaga kecil-kecilan. Kita mesti mempunyai simpanan sendiri kerana apa yang akan berlaku pada masa depan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka,” katanya yang juga penyanyi lagu Melanau.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia