Harian Metro

KEJAR KERETA MINTA WANG

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Gelagat sekumpulan kanak-kanak etnik Pala’u yang mengemis meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan di bandar ini menimbulka­n rasa kurang senang penduduk tempatan.

Bulatan Masjid AlKauthar, di sini, adalah antara lokasi tumpuan kanak-kanak terbabit mengemis terutamany­a pada hari Jumaat ketika umat Islam ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain itu, premis perniagaan seperti bank dan kedai serbaneka 24 jam turut menjadi sasaran kumpulan kanak-kanak peminta sedekah meraih simpati daripada orang ramai.

Namun, apa yang menimbulka­n tanda tanya adalah, mengapa kanakkanak itu mengemis sedangkan jasmani mereka normal dan bukan dikategori­kan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Tinjauan mendapati, kanak-kanak itu berpakaian lengkap dan mereka pada kebiasaann­ya mula aktif mengemis seawal jam 10 pagi sehingga 6 petang. Tindakan mereka yang agresif ketika mengemis iaitu dengan mengetuk cermin kereta berkali-kali dan hanya berhenti selepas pemandu memberikan wang menimbulka­n rasa amat kurang senang orang ramai.

Kakitangan swasta, Rahman Arsad, 32, berkata, dia pasti dihampiri kumpulan kanak-kanak berkenaan ketika melalui bulatan Masjid Al-Kauthar kerana menggunaka­n laluan terbabit setiap kali pulang dari tempat kerja.

“Memang setiap hari saya gunakan laluan ini (bulatan Masjid AlKauthar). Bila nampak ada kenderaan lalu, mereka akan datang dan berdiri di sebelah kereta seraya ketuk cermin dan menghulurk­an tangan untuk meminta wang.

“Pernah sekali, kerana kasihan saya berikan

RM1 kepada seorang kanak-kanak perempuan yang mengendong bayi. Tetapi tidak lama selepas itu sekumpulan kanakkanak lain pula berlari ke arah kenderaan saya dan meminta wang,” katanya.

Bagi Azlina Joe,

37, penasihat jualan sebuah syarikat menjual kenderaan, tindakan kanak-kanak berkenaan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan mereka sendiri.

“Kumpulan ini akan bergerak dari satu kereta ke kereta lain terutama pada waktu puncak tengah hari dan petang ketika keadaan lalu lintas agak sibuk.

“Lebih menyedihka­n ada kanak-kanak terbabit sanggup berjemur bersama bayi dibawa mereka bawah terik matahari, semata-mata mahu meraih simpati,” katanya.

Azlina berkata, kerana simpati dia pernah menghulurk­an makanan dan minuman kepada kumpulan pengemis itu yang kelihatan kelaparan.

Azlan Othman, 41, pula mahu pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani kegiatan kanak-kanak peminta sedekah yang disifatkan­nya sebagai mencemarka­n imej bandar Tawau.

“Ramai pelancong tempatan dan asing datang ke bandar Tawau. Kita tidak mahu persepsi negatif orang luar terhadap bandar ini akibat kegiatan kanak-kanak peminta sedekah ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? KANAK-KANAK berkumpul di Bulatan Masjid Al-Kauthar
untuk mengemis daripada pengguna jalan raya ketika lalu
lintas sibuk.
FOTO: KANAK-KANAK berkumpul di Bulatan Masjid Al-Kauthar untuk mengemis daripada pengguna jalan raya ketika lalu lintas sibuk.
 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN
 ??  ?? AZLINA
AZLINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia