Harian Metro

GEMPITA CENTRIO

25,000 pengunjung meriahkan Gegaria Fest 2018 #KitaOK di Seremban 2

- Nur Aqidah Azizi dan Raja Noraina Raja Rahim cnews@nstp.com.my

Selepas Kuala Lumpur minggu lalu, festival hiburan dan inspirasi tanpa henti Gegaria Fest 2018 #KitaOK menggegark­an Dataran Centrio, Seremban 2 di sini apabila menarik lebih 25,000 pengunjung semalam.

Acara berkonsepk­an moden, hipster dan penuh warna-warni yang terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Gaya Hidup, Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Komuniti dan Zon Hiburan itu diserbu pengunjung seawal jam 8 pagi.

Meneruskan susun atur acara sebelumnya, Gegaria Fest #KitaOK di sini turut menyediaka­n tarikan lain menerusi pameran peralatan media elektronik daripada koleksi Media Prima yang pastinya membawa pengunjung mengimbau kenangan lalu dan memberi pengetahua­n kepada generasi masa kini.

Turut ditampilka­n sesi ramah mesra bersama Reen Rahim, Eyka Farhana dan Bunkface.

Selain itu ada beberapa sesi diadakan seperti tip keibubapaa­n bersama pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, tip kecantikan oleh Elfira Loy, kisah kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh Wani Kayrie serta tip kerjaya oleh Faiz Dickie dan Vikar.

Di samping itu, pelbagai acara lain mendapat sambutan pengunjung seperti permainan timbang takraw, congkak, buih gergasi dan persembaha­n Izzue Islam dengan lagunya TBC, Terima Kasih, Jatuh Cinta sebelum diakhiri dengan konsert sebelah malam menampilka­n artis seperti Noh Salleh, Waris, Kugiran Masdo dan Bunkface.

Terus mengambil bahagian dalam siri jelajah kali keenam ini ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan memberikan pengetahua­n kepada pengunjung yang hadir mengenai inisiatif eRezeki dan eUsahawan melalui kempen #YouCanDuit.

Pengunjung, Syuhada Yusof, 21, berkata, dia meminati bidang keusahawan­an dan tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke festival berkenaan untuk mendapatka­n maklumat berkaitan keusahawan­an selain bertemu artis yang hadir memeriahka­n festival.

Penuntut Diploma Kejurutera­an Mekanikal Politeknik Port Dickson itu berkata, kunjungann­ya bersama dua rakan adalah bagi melihat sendiri kemeriahan festival itu selain mendapatka­n pengetahua­n berkaitan kos pengajiann­ya.

“Apabila dapat tahu saja mengenai siri jelajah Gegaria

 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK sahut cabaran dengan bermain permainan ‘jumbo tumbling tower’.
KANAK-KANAK sahut cabaran dengan bermain permainan ‘jumbo tumbling tower’.
 ??  ?? PENGUNJUNG menjaga kesihatan dengan menyertai aktiviti senamrobik dan zumba.
PENGUNJUNG menjaga kesihatan dengan menyertai aktiviti senamrobik dan zumba.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N BMX yang mendebarka­n pengunjung.
PERSEMBAHA­N BMX yang mendebarka­n pengunjung.
 ??  ?? GELAGAT pengunjung berpakaian wanita di gerai #YouCanDuit.
GELAGAT pengunjung berpakaian wanita di gerai #YouCanDuit.
 ??  ?? PENGUNJUNG mendaftar dengan aplikasi Boost sempena Gegaria.
PENGUNJUNG mendaftar dengan aplikasi Boost sempena Gegaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia