Harian Metro

UNTUK SEMUA

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

 Dua kategori baru penerima diumum bagi mendepani kos sara hidup

Dua kategori baru penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenal­kan Barisan Nasional (BN) bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Sementara tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpendapa­tan RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapa­tan di bawah RM2,000 ditingkatk­an.

Dua kategori baru itu adalah untuk isi rumah yang berpendapa­tan RM4,000 hingga RM5,000 di mana mereka bakal menerima RM700.

Selain itu, bantuan sekali berjumlah RM1,500 akan diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutka­n pengajian ke pusat pengajian tinggi.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak ketika berucap melancarka­n Manifesto BN di sini, turut mengumumka­n gandaan penerima BR1M bagi semua kategori.

Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapa­tan RM3,000 ke bawah, katanya, pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruha­n RM2,000.

“Bagi isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

“Ini bermakna, jumlah keseluruha­n pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000,” katanya ketika berucap pada pelancaran Manifesto BN di Stadium AXIATA, Bukit Jalil, malam tadi.

Bagi individu bujang berpendapa­tan di bawah RM2,000, Najib berkata, mereka akan menerima tambahan RM150 menjadikan keseluruha­nnya RM600 berbanding RM450 ketika ini.

Seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukan RM6.8 bilion pada tahun ini.

Selain itu, Najib turut menyatakan janji BN untuk menyelesai­kan masalah air di Selangor jika BN berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, BN juga berjanji akan menyediaka­n 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.

“Kalau BN kembali memerintah, masalah air di Selangor pasti BN akan selesaikan. Kita juga berjanji menyediaka­n 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang, ini janji BN pada rakyat Pulau Pinang,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama barisan pimpinan parti komponen selepas ucapan pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
NAJIB bersama barisan pimpinan parti komponen selepas ucapan pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
 ??  ?? GOLONGAN wanita turut diberi perhatian untuk menjayakan hasrat negara.
GOLONGAN wanita turut diberi perhatian untuk menjayakan hasrat negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia