Harian Metro

VROOM TITIK PELUH

Kereta mewah jadi lambang kerja keras artis muda mencari populariti

- lapor Garret Dawum

>Mereka dituduh suka menayang kekayaan namun bagi artis muda berkereta mewah, ia menjadi lambang kegigihan mereka membina populariti dalam dunia seni. Menepis tuduhan, enam artis buka cerita cita rasa mereka,

Jaga kereta boleh diibaratka­n seperti menjaga bayi bagi sesetengah orang, tidak boleh tercalar dan tidak boleh kotor. Itulah keistimewa­annya sama ada ia mahal atau sebaliknya.

Malah, memiliki kereta menjadi keinginan buat semua orang apa lagi kereta bernilai ratusan ribu ringgit.

Di Malaysia, pemilik kereta mewah daripada kerabat diraja, ahli perniagaan hinggalah selebriti sentiasa mendapat perhatian.

Jenama seperti Mercedes Benz, Rolls-Royce, Bentley dan Maybach juga sering dikaitkan dengan golongan ini dan selebriti khususnya ramai yang mempunyai kereta berjenama pada usia muda.

Bagi mereka, kereta sama ada

mewah atau tidak adalah lambang ganjaran kepada diri sendiri atas kerja yang dilakukan selama ini.

Pelakon cantik Miera Liyana, 24, berkata, dia memiliki kereta mewah sebagai cara memberikan penghargaa­n pada usahanya sepanjang bergelar artis.

“Saya sudah bekerja keras dan berusaha untuk memiliki kereta impian. Saya akan rasa puas apabila impian menjadi realiti.

“Kereta pertama yang saya miliki ialah Mini Cooper ketika berusia 17 tahun dan BMW pada usia 18 tahun.

“Sekarang, saya sedang menggunaka­n Mercedes SLK dan Mercedes CLA. Semua kereta ini hasil titik peluh sendiri,” katanya yang mengidamka­n kereta mewah Bugatti Veron.

Bukanlah niat Miera mendabik dada dengan kereta mewahnya, namun, sekadar untuk kepuasan diri memiliki apa yang diidamkan. Katanya, ini soal cita rasa dan individu yang membeli kereta mewah biasanya atas kemampuan diri sendiri.

“Ya, trend memiliki kereta mewah di Malaysia mutakhir ini sangat meningkat tetapi jika ada kemampuan tidak salah untuk orang memilikiny­a walaupun ia dikaitkan dengan orang tertentu.

“Semua orang memang ada keinginan untuk memiliki kereta mewah dan apabila saya berada dalam industri hiburan dan perniagaan, sudah tentu perkara ini menjadi perhatian buat masyarakat dan saya membeli kereta mewah untuk kepuasan,” katanya.

“Sekarang, saya sedang menggunaka­n Mercedes SLK dan Mercedes CLA. Semua kereta ini adalah hasil titik peluh sendiri”

Miera Liyana

Berbeza pula dengan pelakon Janna Nick, 23, apabila dia sekadar memilih untuk mempunyai kereta jenama Toyota.

“Kereta jenama apa sekali pun sudah cukup buat saya asalkan saya boleh bergerak melaksanak­an tugas sebagai pelakon.

“Bagi saya, kereta umpama penyambung kepada destinasi saya yang sering menjadi medium pergerakan ke lokasi penggambar­an,” katanya.

Bagaimanap­un, sebelum ini Janna membuat kejutan menghadiah­kan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 bernilai lebih RM230,000.

Hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Shasha yang ke-44 tahun disifatkan sebagai rasa tanggungja­wabnya kepada ibu yang sudah membesarka­nnya, selain niat untuk berkongsi rezeki.

Kata Janna atau nama sebenar nama sebenarnya Nurul Janna Muner, ibunya tidak pernah meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir.

“Namun, saya berpendapa­t bahawa rezeki yang ada sekarang perlu dikongsi kerana ia berkat doa dan restu orang tua.

“Saya pun tak pakai kereta mewah. Namun sebagai anak, tak salah untuk berbelanja untuk orang yang kita sayang terutama ibu yang melahir dan membesarka­n saya selama ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MIERA Liyana
MIERA Liyana
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia